Selasa, 24 Disember 2013

MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE (PART TWO)

sambungan....

PERLU KE MENCARI ORANG ?

   
cari orang
 Mana -mana Multi Level marketing perlu mencari ahli baru. Tetapi terus terang saya katakan saya kurang mencari ahli baru. Biasanya bile kita dah berkecimpung dalam bisnes ini, mereka akan datang sendiri kepada kita. Percayalah. Ia boleh terdiri dari customer yang repeat order ataupun mereka yang nampak benda ni boleh buat uang. Jadi, nak cari -cari orang ni bagi saya tak perlu. Baru -baru ini ada seorang minah ni dok tanya saya tentang produk yang saya jual. Dia tanya punya tanya sampai saya dah bagi penerangan panjang lebar mengenai shaklee ni. Rupa-rupanya dia nak buat perbandingan dan sekaligus nak psiko saya masuk dalam bisnes dia pulak. Dia cakap kalau taja seorang, akan dapat RM 250.00. Kemon lah, memang saya taja orang untuk Shaklee ni tak dapat satu sen pun. Tapi dalam long run, amatlah berbaloi sebab customer akan repeat order dan in fact, ade dua tiga orang dari jadi pengguna bertukar kepada ahli dan seterusnya menjana kewangan sendiri dengan Shaklee. Daripada 0 to hero /heroine. Daripada terkedek-kedek nak buat Photoshop ataupun marketing, sampai diajar dari A-Z, dan bila flashback,tengok diorang lagi pakar dah dari saya sendiri. Syukur, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, saya telah memberi ilmu yang bermanfaat untuk diorang. Tapi kalau sikit-sikit nak taja orang, dalam sebulan tu berapa banyak orang kita nak taja nak dapatkan RM 1K? Agak-agak dalam setahun tu berapa orang yang nak masuk? Lepas tu, bila dah masuk, dibiarkan terkapai -kapai mengenai produk, sebab duit sudah masuk. Jadi marketing yang based on mencari orang ni sebenarnya adalah short term. Boleh masuk, tapi pastikan anda orang yang terawal dan produk tu tengah baru nak meletup. Cerita pasal produk Shaklee, memang hari -hari orang akan membeli sebab range produk dia dari supplemen untuk berhenti merokok sehinggalah kepada water treatment system. Macam mana? ehehe...

BENEFIT APA YANG KITA DAPAT DARI SHAKLEE NI?

     Firstly, akan dapat bonus jualan. Bonus jualan adalah bonus dari hasil jualan kita selama sebulan. Akan dibayar setiap 15 Haribulan. Kedua, adalah bonus group. Bonus group dan bonus jualan persendirian akan dicampurkan dan akan dibayar sekali. Ni pun kalau anda dah istiqamah buat 2-3 bulan, hasilnya setaraf dengan orang yang kerja government pangkat DG41. Tetapi, perlu istiqamah,sabar dan tahu cara marketing yang betul. Ada yang buat mungkin 6 bulan baru nampak hasilnya, mungkin ada yang lebih awal dari itu. Saya mengambil masa 3 bulan untuk ke situ. So tiada apa yang mustahil. Tapi bukan itu yang saya cari.

akaun aktif setelah menyertai shaklee
AKAUN AKTIF SELEPAS MENYERTAI SHAKLEE
     Kedua, kita pada tahap tinggi sikit akan mendapat car bonus. Car bonus berbeza setiap bulan mengikut tahap jualan kita pada bulan itu. Ada yang dapat dalam RM 9xx. Ada yang dapat dalam RM 1000 ++. Biasanya dia akan meningkatlah. Tak pernah dengar lagi yang dapat car bonus ni bonus dia berkurangan. Saya tak kejar benda ni. Suami saya mungkin, kerana dia adalah pencinta kereta dan memang kegilaan terhadap barangan bermesin ni adalah pada tahap yang serius.hehe

    Ketiga, pakej perlancongan ke destinasi tertentu. Yesss!!! Saya sekarang terarah ke arah ini. Saya dengar upline saya mendapat tiket mengerjakan umrah secara FREE!!! Ya Allah. Jika boleh, saya juga ingin seperti itu. Sebab, niat saya untuk join bisnes Shaklee ini bermula pada masa yang memang kebetulan kami suami isteri berada dalam keadaan yang sangat Sadis. Hutang keliling pinggang, suami yang perlu membayar yuran pengajian, Bil utiliti yang tertunggak dan juga baru nak masuk rumah baru. Semua itu memerlukan wang. Jadi Alhamdulillah, dengan terarahnya hati ini untuk berkecimpung dalam bidang ini, tak pula saya sangka dapat pergi sejauh ini.Tak sangka rezekinya begitu mudah. Dengan teknik yang diajar oleh upline saya (thanksss Kak !!),saya rasa tak menyesal pun saya tak belajar sampai ke menara gading. Jadi, setelah berhempas pulas siang dan kadang 2 sampai ke pagi dok balas PM orang, saya rasa berbaloi sekiranya sekali sekala dapat melancong dan ditaja pula oleh syarikat. Mesti best.

    So, bila top, up satu dua dan tiga, tentulah pendapatannya juga lumayan. Tetapi ini bukanlah sebagai tanda riya',malah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memberi peluang sebegini kepada saya. Dengan bisnes ini juga kami dimotivate untuk berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Letakkan Allah dihadapan. Kerana apa, kerana kami adalah peniaga. In fact, semakin berharta seseorang itu, maka tanggungjawab sosial dan kemanusiaan akan menjadi lebih hebat kerana akan ditanya oleh Allah di kemudian hari. Saya juga terkejut, selepas mendengar ada Master di Shaklee yang mendapat income sebanyak RM 400,000 sebulan. Macam tak percayakan ?haha... Kalau saya katakan 50% dari wang tersebut dia sumbangkan kepada kerja amal kebajikan setiap bulan mesti lagi tak percaya kan? hehe..Sesungguhnya, memang benar ada. Saya mendapat sumber semasa mengikuti bengkel Shaklee di Sungai Petani beberapa bulan yang lepas. Sumbernya pun berasas kerana yang berceritanya adalah orang yang pendapatannya RM 30,000 sebulan dan ada yang separuh dari itu. Saya kagumi sifat beliau. Dan rasanya saya pun tak mampu nak buat camtu. InsyaAllah, kita cuba apa yang mampu nanti.

     Arghhh!!! Yana ni macam merepek ja. Sembang kemaih la hang ni. Penipu besaq, kencing baik punya nak bagi orang masuk Shaklee....   Hehe...Takpe Kak, takpe bang. Awal-awal lagi saya katakan saya tak perlu cari orang dalam bisnes ni ( tapi kalau akak atau abang nak masuk, nyiru saya tadahkan..hehe). Jadi buat apa saya nak putaq alam, nak auta kaw-kaw. Semestinya saya tak dapat apa pun. Tetapi ikhlas, buat masa sekarang ni, memang saya merasa duit titik peluh saya bersama Shaklee. Memang saya ada rank sikit dalam Shaklee dan sedikit sebanyak ,akaun bank pun dah chantek sampai 3-4 hari lepas Maybank call suruh buat loan. Hehe, cukup-cukuplah suami menanggung loan yang dah ada. Kami ingin bebas kewangan juga sekali sekala. So, abam -abam dan kakak -kakak camne? Tak mahu mencuba?

JIKA HATI TERBUKA UNTUK MAJU SELANGKAH KE HADAPAN, TERINGIN UNTUK BEBAS MASALAH KEWANGAN, TERINGIN UNTUK SENYUM KAMBING WALAUPUN KERAJAAN NAIKKAN HARGA GULA, TEPUNG, PETROL,AYAM, DAN JUGA SATU HARI NANTI CUKAI SANA SINI, DENGAN SECARA HORMAT SAYA MENJEMPUT DENGAN TANGAN TERBUKA DAN BERLAPANG DADA ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAK UNTUK JOIN GROUP KAMI DAN MERASAI SENDIRI APA YANG KAMI RASAI,AKAN RASAI DAN TELAH RASAI SELAMA MENJADI PENGEDAR SHAKLEE.SEMOGA JALINAN UKHWAH YANG KITA LAKSANAKAN DAN JALINKAN PADA HARI INI, MOGA SATU HARI NANTI, KITA AKAN BERKUMPUL BERSAMA -SAMA, MUNGKIN DI PANTAI KRABI ATAUPUN DI KEPULAUAN HAITI, UNTUK MENIKMATI APA YANG KITA USAHAKAN HARI INI DAN BERGURAU SENDA BERSAMA -SAMA PADA MAJLIS HIGH-TEA PADA WAKTU ITU NANTI...INSYAALLAH DENGAN IZINNYA..

YANA HEALTH CARE
011-11181585
WHERE MOMS HANG OUT....

Ahad, 22 Disember 2013

Menjana pendapatan bersama Shaklee ( PART 1)

Pernahkah anda masuk skim MLM sebelum ini? sesiapa berada pada umur 30 an sekarang kebanyakan telah melaluinya. Nyatakan sahaja skim apa yang belum pernah saya masuk...rasanya 80% skim MLM telah saya daftar atas nama saya sendiri. Tak perlu sebutlah,rasanya tak penting. Mungkin faedahnya dari situ saya memahami bahawa dengan lebih mendalam cara untuk berbisnes secara online dan offline kot. Walaubagaimanapun, tentu anda akan tertanya-tanya, why Shaklee? Ape yang bagus sangat tentang Shaklee ni sampai hang nak buat benda ni, tak macam MLM yang dulu-dulu. Baik, akan saya terangkan satu -persatu mengapa saya masuk MLM yang dah lama sebenarnya bertapak kat Malaysia ni.

KENA MAINTAIN POINTS??

Bagus ke kene maintain points? Susahlah kalau macam tu...Well yes, untuk yang menjadi ahli dan nak buat makan sendiri je, tak perlu nak maintain points. Awak beli dan mungkin beli dalam kuantiti yang tertentu, anda akan dapat balik duit anda sedikit sebanyak.Kira macam discount la. Tapi bukan ini matlamat entry kali ini.Kita nak sembang sikit pasal orang yang masuk Shaklee tapi nak menjana pendapatan melalui produk shaklee.

kira susah lah kene maintain points kan? Baik, dalam MLM ni kalau benda tu is too good to be true, Maka berhati-hatilah. Sebab ia akan menjadi scam. Kita kene sedar bahawa apabila kita menjalankan satu bisnes, kita perlu ada produk.Kita perlu menjual.Berbanding dengan setengah MLM yang jual sekali,untung berkali -kali, kalau kita fikir menggunakan otak kita yang marhaen ni..mesti ada something wrong kat situ. Kita ambil analogi begini :-

1) Pak Ali ada seekor ikan pari. Beliau menjualnya dengan harga RM 15.00. Untung untuk Pak Ali hanya RM 15.00. Boleh tak Pak Ali untung lebih dari itu. Semestinya tidak. Untuk untung, Pak Ali perlu pergi ke laut nak menangkap lagi pari untuk dijual pada harga yang sama. Satu-satunya cara untuk untung lebih adalah dengan menaikkan harga.

2) Ah Foo membeli pari dari Pak Ali. Untuk untung, Ah Foo telah mengerat pari tersebut kepada 6 bahagian.Ah foo menjual dengan harga RM 4.00 setiap bahagian. Jadi Ah Foo telah untung sebanyak RM 5.00. Satu -satunya cara untuk Ah Foo untuk untung lebih adalah dengan menaikkan harga.

JADI MACAM MANA NAK UNTUNG BERKALI -KALI KALAU KITA TAK MENJUAL ???

Itulah sebab mengapa perlu maintain points tertentu. Sebabnya Shaklee bukan skim cepat kaya. Saya menulis entry ni sebab saya bermentaliti yang negatif sesuatu masa dahulu. Nak sangat cepat kaya..Nak cepat sangat pakai Evolution VII (masa tu memang tgh hot item).Sedari, rupanya saya mengayakan orang yang masuk terdahulu sebelum saya.Sadiskan?? Tapi ia tidak berlaku di Shaklee. Nak mewah??Kena berusaha. Upline anda hanya dicampak sedikit tulang dari usaha hebat anda.Jadi, nak tak nak, upline awak pun kena jual produk. Cuma yang bagusnya bila dah jadi upline atas ni, kurang lah sikit bebanan nak maintain pointsnye sebab ada group sale.Ini untuk memberi peluang kepada orang baru juga menjana pendapatan.Bayangkanlah kalau ada 100k orang jual online, yang dah lama bertapak pun tentu sale dia kira tahap gila babi, bungkus lah orang yang baru nak mula.Pasal tu, jika awak prihatin dan berminat untuk menyertai Shaklee, awak akan melihat ada group-group assabiyah yang ditimbulkan di sini. Bukan kerana Assabiyah ya ibu, ini adalah kerana upline group telah mencapai tahap dasyat dan mereka memperkenalkan diri untuk membantu puak masing -masing berjaya.Dengan adanya bantuan group,maka mereka yang masih lagi picisan akan berjaya mencapai tahap yang sama. Membantu orang bawah sama seperti membantu diri sendiri. Awak akan faham bila awak mencapai tahap itu beberapa bulan setelah join bisnes ini (jadi join me untuk perkembangan seterusnya).

OK..GROUP ASSABIYAH. SO WHAT?? LAGIPUN DAH RAMAI DAH JUAL

Ye, shaklee sekarang berada di chart no 1 sebagai produk yang paling berjaya. Ramai dah yang menjual. So, kalau saya jual, ada ke yang nak beli? Good...mentaliti ini yang saya nak dari orang melayu macam awak. Cuba fikir sejenak, kalau produk tu laris, tentunya permintaan itu tinggi. Kenapa permintaan itu tinggi? kerana semestinya ia bagus dan berkesan. Jika awak pernah berniaga di pasar malam seperti saya, awak akan tahu apa itu erti persaingan. Saya contohnya, menjual accessories untuk wanita. Saingan dari orang Melayu tidaklah begitu gentar bagi saya, tetapi saya paling takut dengan chinese business marketing. Sebab diorang boleh datang dan bagi lambakan barang dengan harga yang tersangat murah. Kenapa mereka boleh buat begitu?sebab mereka adalah pemilik wholesale barang 2 tersebut. Jika saya berniaga di sini barangan sama, dan Kak Peah menjual barangan di sana, rezeki kami mungkin dekat -dekat nak sama. Dengan orang Chinese, perbezaannya adalah cara susunan orang melayu mungkin lebih teratur dan indah. Kerana apa? Kerana barang kita sedikit dan kita perlu ia kelihatan menarik. Chinese man /women tadi barang banyak, jadi diorang campak gitu je. Sebabkan barangan saya menarik, saya mendapat customer. Disebabkan barang mereka murah, mereka mendapat customer. Fair and square.

So shaklee ?? Barangannya sama. Kalau saya jual produk A harga seringgit, Kak Pah kat Tg. Malim pun jual barang dia dengan harga seringgit. Bezanya customer service, cara menjawab PM yang berlambak 2 setiap hari, dan cara marketing.So, jangan cakap tak boleh jual. Di Malaysia, melalui facebook sahaja anda ada 1,600,000 customer yang berpotensi. Takkan dalam banyak-banyak tu, tak boleh 2 atau tiga orang beli dalam satu hari.O.K, dalam banyak 2 tu, kita tolak laki-laki. masih ada 800,000 perempuan dalam facebook. Hari -hari ada orang bersalin. Hari -hari ada orang nak kurus. Hari-hari ada orang nak meningkatkan kecantikan mereka dan sebagainya. Kita bukan jual kereta. Jadi, tak ada sebab mengapa dalam satu hari tak boleh jual kat 2 - 3 orang. Yang membuatkan orang tak beli adalah kerana kita tak jujur. itu sahaja. Jadi, jangan takut untuk menjual. Jangan takut untuk memperkembangkan potensi anda. Sesungguhnya saya boleh membantu anda (PM untuk penerangan lanjut).

Alamak...Azan dah ni.Panjang lagi nak bebel ni. tapi sebab dah azan ni, saya stop dulu lah untuk dia. saya akan sambung lagi pada PART TWO esok mengenai benefit yang lagi penting selain menjual. Nantikan ya!!!

Sabtu, 21 Disember 2013

Mengenalpasti punca keguguran dan supplemen Shaklee yang sesuai

Apa maksud keguguran awal ni?

Keguguran awal adalah keguguran yang berlaku pada awal kehamilan. 12 minggu pertama. Maksudnya, sperm yang melekat di dinding rahim tak kuat. Ataupun secara terbalik, rahim tak kuat untuk pegang sperm. Malangnya, kerana ia kerap berlaku sebelum kita sendiri tahu bahawa kita telah hamil. 

Punca keguguran:-

anda perlu tahu bahawa badan kita mempunyai satu system check and balance. Maksudnya si sini badan anda akan reject janin sekiranya :-

a) kurangnya info DNA mengenai janin di sistem badan

b) janin mempunyai kecacatan dari awal

c)ibu telah mengalami kecelakaan atau kecederaan semasa mengandungkan janin.

d)ibu mengalami penyakit kritikal ataupun kekurangan nutrisi dalam badan

e) kekuasaan Allah


Untuk mengatasi masalah tersebut, perlunya ada usaha seperti :=

a) pemulihan emosi ibu

b)pemulihan luka dalaman

c)pemakanan untuk meningkatkan nutrisi ibu

d)regenerate sel -sel badan



Bagi ibu yang mengalami masalah keguguran, boleh mengamalkan set basic  seperti di bawah :-



set keguguran shaklee


Ahad, 15 Disember 2013

Supplemen kesuburan untuk pasangan berumah tangga

set kesuburan pasangan baru
    Selamat melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah dan sangat dituntut oleh agama.

TUJUAN PERKAHWINAN

  • MENGEMBANGKAN ZURIAT
  • MENCONTOHI RASULULLAH
  • KEHENDAK SEMULAJADI BIOLOGI
  • MENGELAKKAN MAKSIAT

SUPPLEMEN YANG TERBAIK UNTUK PASANGAN LOVEBIRDS !!!!

   Lovebirds... mungkin jolokan yang sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin neh. Hehe. Semuanya indah pada saat ini. Baru-baru ni ada kawan saya seorang telah berbulan madu ke Krabi, Thailand. Tahniah. 2 minggu lepas ni pula adik saya sendiri akan melangsungkan perkhawinan dengan orang Perlis. Tahniah Dik. Mungkin disebabkan oleh musim -musim mengawan hujung tahun ni menyebabkan hati saya tergerak untuk menulis artikel ini. Artikel mengenai kesedaran kesuburan dikalangan warga Malaysia.

Baik, siapa yang pernah check tahap kesuburan dia sebelum berkahwin ? Saya yakin kalau ada mungkin 1% daripada rakyat Malaysia yang buat medical check up tentang tahap kesuburan dia. Bukan penting sangat pun. Yang penting kena check darah, tahu ada HIV atau tak. Nanti pasangan yang ada HIV boleh jangkit bagai dan mati sebagainya.... hehe..Ye Mak Jemah.Betul la tu.Takkan lah tak subur ye tak? Macam mana boleh tak subur? Afnan dengan Siti kahwin setahun elok je dapat anak. Tak payah check pun. Cik Ella kahwin ngan korie elok je dapat kembar 3. Takde pun nak pergi check. Pasal apa perlu check? Membazir....  EHHH!!!! NANTI LA DULU.

Mak Jemah kena tahu tahap biologi badan manusia itu ada beberapa tahap. Mungkin ada manusia yang senang untuk mendapat zuriat. Sesetengah lagi mungkin susah sikit nak dapat. Bukan sebab dia tak power Mak Jemah. Sebabnya adalah dari Makanan dan cara pembahagian zat dalam badan dia. Mak Jemah kena faham semua orang nak anak dan semua orang nak subur. Jadi bila pasangan tu dah berkahwin dan tahu mereka payah sikit nak dapat zuriat, tu yang kita nak tunjuk sat produk yang kita dok pung pang kat dalam blog ni. Pasai apa, pasai kita nak kongsi, kita nak depa kat luaq tu tao ada caranya,ada usaha yang boleh dilakukan agar depa dapat manfaat, kita dapat pahala dan rezeki dari Allah. Tu ja.

Jadi kenapa didedikasikan kepada pasangan yang baru berkahwin ni ? Kembali kepada tujuan asal perkahwinan tu, nak dapat zuriat. Sebenarnya, kita pun tak tahu, dengan aktiviti harian kita, dan juga makanan yang kita ambil, adakah boleh menyebabkan rantaian kesuburan kita menurun?Contohnya ayam yang sekarang pakai suntik je dah cepat membesar. Sayur -sayuran yang ditabur baja dan racun kimia. Ikan yang dituba oleh tauke Ah Fatt di lombong dan dijual di pasaraya, atau mungkin radiasi akibat penggunaan telefon bimbit yang masuk ke badan kita. Manalah kita nak tahu. Jadi perlu tak supplemen. Bagi untuk mereka yang baru berkahwin ni, rasanya perlu la kot. Lagi pun kita laburkan duit untuk kesihatan kita juga. Kenapa kita boleh beri wang ke syarikat insurans tetapi kita tak boleh nak bagi kredit kat diri sendiri dengan membeli produk kesihatan begini?Kenapa.Sebabnye jelas, apa yang rosak di dalam kita tak nampak. Insurans kita nampak. Kena langgar kereta, dapat wang,ada benefit hospitaliti dan lain lain. Perlunya ada kesedaran bahawa supplemen ni adalah vitamin. Vitamin yang kadang-kadang tak boleh dihasilkan oleh badan ataupun tak cukup. Contohnya Vitamin C. Beberapa orang rasa yang vitamin C dalam badan dia cukup untuk sehari tu? Ok ! Mak Jemah rasa dia cukup sebab hari ni dia makan 8 biji oren. 8 biji oren sama dengan keperluan vitamin C harian. Tapi Mak Jemah merokok. Rokok boleh membunuh vitamin C dalam badan. Jadi tak cukup. Bila vitamin C tak cukup, tu yang Mak Jemah nampak tua sebelum usia tu. Sebab itu, siapa yang rasa nak chantek dan awet muda, jaga kandungan vitamin C dalam badan.

KENAPA ZINC NGAN GLA ?

 Abang yang baru kahwin tu.. nak cakap yang sistem reproduksi lelaki ni banyak pakai zinc nak hasilkan  cecair biologi tu. Makanan apa yang boleh bagi Zinc kat kita? Kena makan kerang banyak -banyak lah. Telan bawang banyak-banyak dan sumbat udang selagi buleh, sebab makanan yang banyak bagi kita zinc adalah makanan lagu tu. Jangan dok buat lagu tu la, kang tak pasai ada yang dapat gout, naya dok cari saya nak bagi penampaq sekali sekala.

Akak, pasangan abang tu pulak, kenapa perlu ambil GLA ni? GLA  ni asid lemak omega-6 kakk!!!Ia membentuk prostaglandin. Fungsinya adalah untuk membantu proses mengatur badan yang normal. Jadi kak, bila fungsi badan kita dah normal,fungsi badan abang dah normal,peluangnya cerah..

Sebenarnya, banyak lagi fungsi GLA dan Zinc ni. Jadi, rajin-rajinlah baca entry saya yang terdahulu ye...

Yanalicious......where mom's hang out

Khamis, 12 Disember 2013

Set darah tinggi shaklee

set darah tinggi
    Darah tinggi merupakan penyakit yang dihidapi oleh ramai manusia di bumi ini. Walaubagaimanapun, penyakit jantung merupakan pembunuh no. 1 di Malaysia. Fokus kepada darah tinggi , apabila menghidap darah tinggi, peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah amat payah. Namun begitu, semua penyakit ada penawarnya. Sekurang-kurangnya terdapat supplemen atau ubat-ubatan yang boleh mengawalnya. Walaubagaimanapun, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Sebelum terlambat, kita perlu tahu siapa yang berisiko menghidap darah tinggi.


set darah tinggi shakleeOBESITI DAN KURANG BERSENAM

     Masalah dikalangan orang Malaysia. Kesedaran kita terhadap kepentingan bersenam bakal menjahanamkan kita pada masa mendatang. Obesiti akan menyebabkan salur darah tersumbat.Bukan sahaja salur darah tersumbat,jantung juga perlu bekerja keras kerana ruang sempit untuk darah tu bergerak menerusi badan yang obes itu. Jadi untuk tidak menjadi obesiti, kita perlu bersenam. Kehilangan KG dalam badan turut akan mengurangkan risiko darah tinggi. Bila badan kurus sikit, salur darah tu tak lah tersumbat sangat. Jadi flow darah tu chantek,jantung pun bekerja dengan lebih efisien sikit.

MAKAN MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN GULA

set darah tinggi shaklee    Jika anda penggemar makanan tinggi lemak dan makanan segera,tiket untuk ke pra diabetes memang sudah ditempah awal eksklusif untuk anda. Contoh makanan yang siap saji, siap mati ialah Mc Donalds.Sebab tu penduduk Amerika Syarikat kebanyakannya mengalami masalah obesiti. Ikut mana pun ia akan kembali ke point atas tadi.Apa kaitan gula dengan darah tinggi?Gula yang berlebihan dalam badan akan melambatkan proses pembakaran lemak.Lepas tu awak makan pulak makanan maskot badut sarkis Amerika tu dan generate sampah dalam badan. Jadi, bila gula tersebut melambatkan proses pembakaran lemak,bila masakah kita akan kurusnya? Ini semua mengarah kepada obesiti. Bila dah jadi camni, kita mula mengiyakan tentang penyakit tiga serangkai. Memanglah jadi berangkai-rangkai. Sebab gula dah banyak dalam badan,dapatlah kencing manis.Saluran darah tersumbat,dapatlah darah tinggi.Jantung kena kerja keras,dapatlah sakit jantung.Kena faham tu.

KONDISI TERTENTU BAGI WANITA

     Wanita yang melahirkan bayi yang besar akan terdedah kepada risiko darah tinggi. Sama juga jika wanita itu mengalami masalah haid yang tidak menentu atau menderita sindrom ovarium polikistik juga akan menghidap darah tinggi. Tapi jangan risau, kebanyakan kes adalah semasa kehamilan sahaja.Selepas itu, ia akan normal kembali bagi kebanyakan wanita.

BERUSIA LEBIH DARI 40 TAHUN

     Semasa umur 20 an, badan kita kuat untuk melakukan pelbagai aktiviti baik di dalam atau diluar rumah. Masuk 3 series, sesetengah dari kita mungkin dah nampak tanda-tanda awal tu. Jadi pencegahan awal perlu. Apabila dah masuk umur 40-an ke atas,dengan izinnya kita masih lagi cerdas dan cergas.

FAKTOR KETURUNAN

     Kita tidak bisa lari dari faktor yang satu ini. Jika anda berketurunan aborigin (asli),afrika,asia selatan serta hispanik, kebarangkalian untuk menghidap diabetes adalah tinggi. Namun, kembali kepada poin yang pertama tadi, mungkin dengan langkah pencegahan awal dapat memperlahankan proses tersebut dengan kadar perlahanan yang maksimum.

TAKUTLAH!!!ADE KE SUPPLEMEN YANG BOLEH MEMBANTU???

set darah tinggi shaklee

ALLAHURABBI!!! Setiap penyakit ada penawarnya. Yang penting kita sentiasa berusaha. Gambar di atas adalah salah satu testimoni dari beratus-ratus testimoni yang ada. Nak testimoni lagi boleh personally contact saya. Apakah supplemen yang dimaksudkan di sini? Sudah tentunya set:-
set darah tinggi shaklee

BERMINAT??

ANDA BOLEH DAPATKANNYA DI 

YANA HEALTH CARE

SMS/WASSAP/WECHAT DI

011-11181585

YANALICIOUSS..... WHERE MOM'S HANG OUT








Vegetarian..Satu tabiat pemakanan.

     Setujukah jika saya nyatakan disini bahawa kita lagi busuk dari segala binatang di dunia ini? Sepatutnya anda setuju kerana sebenarnya memang pun...hehe..tetapi bukan dalam kondisi sama -sama bernyawalah. Ok, bayangkan seorang manusia mati sebelah dengan seekor haiwan (kita ambil contoh lembu) dan terbiar selama lima hari..pastinya manusia itu lebih busuk dari haiwan tersebut. Kenapa begitu ya?
     Ini semua disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Manusia adalah spesies omnivor dimana tuhan telah memberikan kita satu set gigi dimana terdapat gigi taring untuk mengoyak daging dan set gigi petak untuk mengunyah sayuran dan juga daging.Berbeza dengan haiwan yang kebanyakannya adalah herbivor (lembu,kambing,rusa,dll) yang hanya mempunyai gigi petak ataupun haiwan karnivor yang hanya memakan daging. Jarang sekali kita melihat haiwan yang omnivor seperti manusia.

gigi herbivor
gigi herbivor
gigi karnivor
gigi karnivor
     Lihat contoh gambar diatas. Kedua -dua gigi haiwan tersebut adalah sangat berbeza. Secara hukum alam, tak mungkin kita akan lihat singa makan buah tomato ataupun arnab mengoyak daging lembu yang diberikan oleh Cik Saleha selaku owner arnab tersebut.Tak mungkin. Mereka bukan diciptakan untuk semua itu.

Habis tu kenapa manusia ada yang vegetarian ek?

      Sesetengah manusia ada yang mengamalkan vegetarian. Mungkin atas sebab ikutan agama ataupun dalam sesetengah kes memang diorang tak boleh makan nasi. Dia macam sesetengah orang yang tak boleh makan udang sebab alahan, ataupun mungkin tak boleh nak masuk. Yang masuk cuma sayur je. Nak buat macam mana. Saya sendiri tak boleh nak makan ayam. Bukan disebabkan oleh alahan ke apa, cuma saya memang rasa ayam tu tak sedap (tapi KFC ngan ayam masak merah boleh aja..hehe). Kembali kepada hukum alam, kenapa perlu menjadi vegetarian sedangkan tuhan telah memberikan kita 2 dalam 1 set gigi. 1 gigi untuk makan daging dan satu gigi untuk makan sayur. Maksudnya tuhan memang telah mentakdirkan kita untuk makan kedua-duanya kan? Mesti ada sebabnya. Mungkin gambar dibawah ni boleh menjawab segala persoalan???hehe..
nak kurus dengan set shaklee


Tabiat pemakanan kita.
       Kita lupakan soal haiwan sebentar dan kembali kepada soalan kenapa manusia busuk apabila kita meninggal.Ini disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Dasar manusia...semua bedal. Petai,sambal belacan,buah-buahan dan sayuran,saya rasa semua pernah makan kan?Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan kita adalah apa yang kita makan. Disebabkan itu juga bagi yang beragama islam, pemakanan adalah suatu tajuk yang sangat dititikberatkan. Konsep halal dan haram tidak asing lagi bagi kita. Asalkan benda tu halal..maka tak salah lah kalau nak makan benda tu.
       Jadi penting tak cara pemakanan kita? Bagi saya adalah tersangat penting. Saya nak jugak jadi macam Nigel Lawson (seperti diatas) ataupun Rozita Che wan pada pada penghujung 40 an saya nanti. Dengan pemakanan yang betul insyaallah dapatlah kita kekal sihat dan sekurang-kurangnya melambatkan proses penyakit dan penuaan, agar dapat mencari redha Allah selagi hayat dikandung badan. Saya rasa saya tidak keseorangan di sini. Ramai lagi mommies-mommies yang diluar sana yang mementingkan kesihatan dewasa ini. Ini terbukti dengan pembelian-pembelian barangan saya dari ibu yang sudah beranak -pinak,student-student di universiti,dan juga suami -suami yang prihatin terhadap isteri dan kesihatan keluarga mereka. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesedaran dan sokongan pihak tuan-tuan dan puan-puan. Semoga kita sama -sama mendapat manfaat dari produk yang terjual. 
vegetarian shaklee
vegan
       Jadi terpulang...samada anda vegetarian ataupun omnivorist, yang penting anda tahu bagaimana caranya untuk menjaga kesihatan anda. Walaupun cara berfikir kita tentang pemakanan mempunyai perspektif yang berbeda,namun tujuannya tetaplah sama



shaklee ipoh, bersama menjadi pengedar

berjaya bersama shaklee
Oh Hi semua...kami merupakan pengedar sah Shaklee di Ipoh and Batu Gajah...some says Kampar also..hehe. Dengan yuran sebanyak RM 65.00 melayakkan anda untuk menjadi ahli shaklee. Tambahan RM 10.00 untuk mendapatkan kit pengedar shaklee.Mari bersama group kami mencapai kejayaan dengan shaklee. Pelbagai insentif ditawarkan Contohnya insentif kereta dan pakej umrah. Jangan tunggu lagi. Tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja di Malaysia. Jangan tak tahu pelajar kolej pun ada di dalam group kami. Utk yang berminat menjadi pengedar, yang betul 2 rasa untuk merubah kehidupan mereka dan menggapai impian dan nekad untuk buat benda ni betul 2.. Kami mengalu-alukan kedatangan  anda ke dalam keluarga kami. Saya sendiri secara peribadi akan membantu anda untuk berjaya dan mencurahkan segala ilmu yang saya ada untuk anda.. Yang penting anda betul 2 mahu..saya ulang..yang penting anda betul 2 mahu..kini shaklee merupakan no 1 best seller di Malaysia berkat dari usaha,doa, dan mungkin air mata pengedar -pengedar shaklee. Jadi bakal pengedar yang tengah baca ni maoTunggu lagi??? Hehe..

Rabu, 11 Disember 2013

sembelit ke der?

    Sembelit ni macam mana ek ?Dia belit-belit usus kita ke? Ni nak tanya ni....pernah kena ke ? Yang pernah kena tu mesti tahu keazabannya apabila terkena masalah ni. So nak tahu tak apa itu sembelit? wink..wink!!
sembelit oi!!

     Sembelit atau buasir (hermarroid) berpunca daripada tekanan yang tinggi dari vena ke usus yang menyebabkan ianya menyempitkan usus. Dengan tertingginya tekanan tersebut,ianya mampu untuk mengeluarkan hujung usus tersebut.pada peringkat ini kita tak panggil sembelit dah..kita panggil benda tu buasir. Apabila serangan bermula, tanda tandanya boleh didapati dengan kegatalan pada dinding dubur,penyeksaan semasa melakukan upacara pembuangan air besar, bonjolan atau lelehan berbau kurang enak dari arah dubur dan ketidakselesaan semasa menunggang motor waima duduk di atas kerusi. Takziah!!!apabila berlaku kondisi seperti ini, bermaksud kita telah terkena buasir.

BAGAIMANA MERAWAT BUASIR

    Melicinkan usus merupakan satu idea yang baik. Jika anda mengalami masalah sembelit,adalah sangat-sangat digalakkan untuk minum air sebanyak yang boleh. 3 liter paling kurang.air merupakan komposisi yang penting untuk tubuh manusia. Jadi, sebelum kena, baik minum banyak (air masak / mineral ye puan).

      Kalau boleh makan makanan yang berserat tinggi. Buah-buahan, muesli,nestum dan sebagainya. Dengan mengamalkan makanan seperti ini,insyaallah akan menyebabkan najis yang keluar menjadi lembut.konsep dia senang.. MINUM....

EH YANA!! KAU TAKDE PRODUK UNTUK MASALAH MCM NI KE???

  ye ade kak.... Produk yang sesuai sudah tentunya herb-lax, Dicipta khusus untuk masalah perut dan sembelit ni. Malahan bukan itu sahaja, ia juga merupakan set yang boleh menguruskan badan anda. Dia memang produk yang saya sarankanlah untuk mereka -mereka yang mempunyai masalah sembelit ni. sebenarnya memang ade set sembelit tapi dalam peringkat awal boleh la ambil yang ini. Gandingkan dengan ESP !!


Sekiranya berminat. Boleh hubungi kami di Yana healthcare

Sms/ wechat/mms.

Yana
011-11181585

Yana health care.... Where moms hang out


fakta mengenai kopi yang anda tidak tahu

kopi shaklee
    Adalah menjadi satu mitos kopi dimomokkan menjadi satu minuman yang tidak baik untuk kesihatan. Ya..mungkin ada kebenarannya jika diambil secara terlalu berlebihan. Arghh...apa - apapun sekiranya diambil secara berlebihan pasti akan mendatangkan mudarat..ye tak?

     Lupakan sejenak tentang negativiti berlebihan ini. Tahukah anda bahawa kopi merupakan minuman ekslusif diraja cina pada zaman kegemilangan dinasti mereka suatu masa dahulu? Nah..usah harap rakyat marhaen nak merasa kopi dulu.kalau kau bangsawan atau berstatus pegawai tinggi kerajaan dan kerabat, baru boleh menikmati keindahan secangkir kopi tersebut. Tetapi kini tidak lagi.......

     Setelah seorang mat salleh merasuah beberapa pengawal diraja untuk smuggle keluar biji kopi..maka ianya telah dijadikan industri dan disebabkan beliau,hari ini kita dengan tenang dapat minum kopi yang pelbagai di rumah...nyatakan...white coffee,latte,black,smoked..arghh...banyaklah...huahua... Jadi kenapa nak post pasal kopi kali ni?

     Well.. Tahu tak kopi membantu mengelakkan kanser paru -paru sebanyak 50% jika diamalkan 3 cangkir sehari? Tahu tak kopi juga adalah anti oxidant (rujuk post saya mengenai anti oksidan) ? Kopi membantu menghilangkan tekanan di tempat kerja dan menghilangkan mengantuk serta merangsang minda. So..nak cari idea nak tulis blog lagi ??? Mari kena dulu secangkir kopi....hihi

sushi membahayakan kesihatan jantung anda.

sushi king
Ni info penting bagi penggemar sushi. Sushi adalah makanan mentah yang dibalut dengan rumpai laut dan pulut. Saya sendiri merupakan penggemar sushi.apakan daya,saya baru mendapat maklumat bahawa sushi mengandungi raksa terutamanya di dalam ikan laut. kenapa raksa ek?

Ok... Sebenarnya ikan tuna memang bagus untuk dimakan. Habis tu kenapa sushi membahayakan kesihatan jantung anda? Senang je. Sebab awak mengamalkan kanibalisma..hehehe. Sebab utamanya ikan tersebut tidak dimasak. Jadi banyak kandungan logam berat dalam ikan tersebut yang tidak diurai. Bila anda makan sushi tersebut, anda akan makan sekali logam berat
omega 3


Logam berat tidak baik untuk jantung,voleh menyebabkan kemandulan dan keupayaan batin yang tak best. So, macam mana ni? Stop makan sushi la.

Kalau ye pun nak kebaikan dari mineral dan zat dari tuna...jangan risau. Ni ha..ambil omega guard dari shaklee.. Shaklee bukan ubat ye. Ia hanyalah supplemen. Omega guard shaklee semangnya terbukti baik untuk kesihatan jantung. Bahannya sama seperti sushi, cuma ia adalah dalam bentuk tablet dan logam 2 berat telah diekstrak keluar secara  klinikal agar anda mendapat manfaat yang maksimum. Jadi, tunggu apa lagi...kalau teringin untuk menjaga jantung,memperbanyakkan rawan sendi,meningkatkan kemampuan iq, mencerdaskan tahap penglihatan mata serta menstabilkan tekanan darah....maka  omega guard dari shaklee adalah jawabannya



BERMINAT??
CALL SMS  WASSAP

YANA

011-11181585 UNTUK PERTANYAAN LANJUT

YANALiciouss......where moms hang out...

Selasa, 10 Disember 2013

Cara menyusukan anak

Hai mommies.... hari ini saya nak kongsikan sikit cara -cara untuk menyusukan anak. Caranya kena tahu juga ,supaya kita tak merasa susah atau payah dan kadangkala menimbulkan kesakitan semasa menyusukan anak. Tanpa panjang cerita, kita ikut langkah bergambar di bawah ni.

set penyusuan shaklee

1. Gosokkan puting pada bibir atas dan bawah sikit dari hidung bayi. Bayi secara automatis akan mengelak dan membuka mulut. Jika teknik tersebut kurang membantu bagi bayi anda, anda boleh menggunakan kaedah kedua iaitu dengan menggosok puting di pipi bayi anda sehingga ia membuka mulutnya.

2. Apabila bayi sudah membuka mulut, tarik bayi dan kepala bayi itu ke arah payudara anda. Pastikan bukan payudara anda yang maju ke depan untuk masuk ke dalam mulut  bayi.
tips menyusu
3. Langkah seterusnya adalah dengan memastikan bahawa bayi mendapat zat dan nutrien melalui payudara anda. Anda perlu menyokong payudara atau memastikan bahawa bayi menghisap susu secara assymmetric latch. Caranya adalah dengan memastikan bayi menyusu seperti di dalam gambar (bahagian bawah payudara sama paras dengan bayi.
penyusuan yang betul
4. Jadi, bayi akan menyusu seperti ini. Mulut bayi sepatutnya melepasi sedikit dari puting dan bukannya betul -betul pada hujung puting. Teknik penyusuan yang baik akan menyebabkan bayi selesa dan ibu tidak merasa sakit apabila memberi susu.

cara penyusuan
5. Langkah terakhir adalah dengan memegang bayi secara dekat agar contact antara bayi dan sumber susu berjalan dengan lancar. So mommies kadang-kadang terpaksa support payudara terutamanya bagi mereka yang berpayudara besar. Semoga Berjaya !!!!!







Isnin, 9 Disember 2013

Set cinta Shaklee - kehangatan malam pertama



cinch shake

   Semalam masa hang out dengan suami kat dataran ipoh, terjumpalah satu mamat ni. Dah lama dah tak jumpa dia. Last sekali masa dia jumpa suami kat bengkel seksyen 18 dulu. Walaupun setahun tapi badan dia dah berisi. Umur baru dalam 20-an, mungkin nak masuk 30-an. Sembang-sembang dan risik-risik rupanya kawan ni dah melangsungkan perkahwinan pada bulan 5 yang lepas. " Tu dia badan ang..baru 6 bulan kahwin.." kata suami pada kawan dia.Waktu pun berlalu dan tiba masanya untuk mengucapkan salam perpisahan. Sambil naik motor 2 lejang suami saya katakan pada suami, abang, kawan abg tu Nak kurus cepat? Suami pun buat muka tanda tanya dan sambil memperlahankan kenderaan di Maybank untuk cucuk duit nak beli barang customer shaklee esok, dia pun cakap," Nak kurus cepat? , Amende ? " Saya pun tergelak dan masuk ke dalam bank...

  So, siapa yang nak kurus cepat? Bilakah rakyat Malaysia perlu belajar bahawa nak kurus merupakan satu perkara yang agak sukar? Terdapat pelbagai produk yang menawarkan pil keajaiban untuk kurus dan kelihatan slim seperti remaja umur 17 tahun tetapi kita lupa something...attitude..atau dalam erti kata lain sikap kita. Saya boleh listkan macam-macam produk untuk anda cuba tapi kalau keazaman tu kurang, macam mana nak kurus cepat? So, berbalik kepada iltizam kita.

 Selepas kahwin (cerita lama la ni), saya dapati badan saya telah naik secara mendadak (suami pun sama..hehe). So, saya jadi macam.."eh..biar betul ni?takkan nak kembang camni?" Kemudian kakak ipar saya memberikan satu kupon untuk ke satu tempat slimming yang selalu keluar dalam iklan TV tu..dan saya cuba. Bayangkan, dia bungkus badan saya dalam plastik dan masukkan saya dalam wap stim. Wah...macam nak terbakar dan berpeluh-peluh. Result= adalah turun 1 KG. Kalau nak teruskan program, alamatnya lepas ni kena la RM 2K atau 3K. Mana la nak mampu..hehe.So, lepas tengok satu testimoni Shaklee yang macam ni ->
saya jadi macam "eh...boleh ek?" So, saya survey -punya survey sampai jumpa satu minah saleh punya blog dan dia ambil Cinch mealshake. Sebab apa saya pilih Cinch? Sebab Cinch Shake ada perasa macam milo, vanilla,cafe latte dan strawberry, sekadar menyebut beberapa perisa. Tak rasa macam makan ubat pun.Siap beli untuk suami lagi dan sampai hari ni dia tak tahu yang kopi yang dia bantai pagi 2 sebelum gi kerja tu kopi Cinch Shake

KESIMPULAN

  Hasil dia, tak perasan pun berat badan turun. Malah dalam masa 3 hari ambil Cinch rasa macam takde ape pun. Sama je...Tapi bila dah ambil Cinch rasa macam kenyang.So, nak makan pun jadi malas..suami pun dari kuat melantak dah start makan nasi sekali sehari je, tu pun waktu petang..tengah hari kadang-kadang je makan. Sarapan usah harap la. Jadi nampak kat situ...berat badan pun mula berkurang. Suami dari 80 Kg , dah turun jadi 74 Kg setakat ni. Saya dari 68 Kg  Alhamdulillah dah Jadi 62 Kg. Ahh.. tak penting sangat pun, yang penting bila dah makin kurus ni..rasa cam best (haha) dan rasa cam sihat.

* testimoni di atas adalah testimoni alfalfa+esp+leicithin, juga set slimming. Hanya sebagai contoh sebab testimoni yang menambat hati saya menjadi ahli seterusnya memasarkan produk ini telah pun tiada.*

So...bagi yang ingin mencuba boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di 011-11181585 (yana).wassap/line/sms atau lawati fan page saya di SINI untuk maklumat lanjut.Thanks sebab sudi membaca.

Ahad, 8 Disember 2013

Omega Guard -manfaat omega 3

     Sempena bulan December 2013, Shaklee melakukan promosi terhadap produk yang dinamakan omega Guard...

omega guard shaklee     Apa itu Omega Guard?

    Omega Guard adalah asid lemak yang mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk perkembangan kognitif /minda kita dan juga anak-anak. Anda kena tahu bahawa DHA dan EPA tidak dapat dihasilkan oleh manusia. Oleh sebab itu, kita perlu mencari alternatif yang lain untuk mendapatkan sumber ini. Kebiasaannya kita boleh dapati melalui haiwan seperti ikan Salmon, Herring dan juga Sardin. Sebab tu lah orang Jepun makan mata ikan kerana dikatan bebola mata ikan mempunyai banyak DHA dan EPA...hehe..saya rasa kalau saya yang makan sudah tentu saya akan muntah balik.


    Omega Guard Shaklee mempunyai omega 3 yang membantu??

    1. Minyak omega 3 dari produk Shaklee diekstrak dari ikan lau dalam yang beriklim sejuk. Ikan yang dipilih adalah ikan sardin,herring,mackerel dan salmon. Ikan 2 tersebut memang kaya dengan protein dan DHA,ALA dan EPA.

    2. Minyak yang dihasilkan bukan dari hati ikan yang mengandungi sisa toksik.

    3. Ketumpatan minyak dalam produk Shaklee adalah 3 kali ganda lebih dari minyak hati ikan.

    4. Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui kaedah farmaseutikal yang berteknologi tinggi.

    5. Kaedah ultra penyulingannya mengasingkan plumbum, merkuri,kadmium,arsenik dan segala dioksin dan PCB yang tidak baik untuk kesihatan kita.

    6. Satu -satu nya minyak ikan yang paling lengkap di dunia. Mengandungi 7 asid omega yang diperlukan oleh badan kita.

 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi kepekatan dan perubahan hormon PMS wanita

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3.  Pencegahan salur darah tersumbat

4.  Omega 3 dapat mengurangkan risiko stroke.

5.  Mengekalkan tekanan darah agar ia normal

6.  Mengurangkan ketegangan pada urat leher /stress

7.  Mengurangkan migraine/ sakit kepala

8.  mengawal dan merendahkan kolestrol dalam badan

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah kegemukan / obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu janin /perkembangan kognitif bayi

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 

      (lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 24. Mencegah penyakit gout
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia - Mengurangkan tekanan emosi - Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan - Membantu memperbaiki masalah autism - Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive - Mengurangkan masalah schizophrenia - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak



Jadi, sementara ada offer dari Shaklee ni, meh pakat order ramai ramai.

BERMINAT????

Jika benar berminat, anda boleh mendapatkannya  di :

Yana Health Care a.k.a


Yana 

SMS/WECHAT/WASSAP/TANGO

011-11181585

atau klik di SINI untuk ke fanpage kami

Jangan lupa  like page Ya !!!

 " Yana Health Care ...Where moms hang out"

Sabtu, 7 Disember 2013

Set mengandung shaklee

     Mengandung merupakan satu fasa yang penting. Penjagaan yang amat rapi diperlukan pada fasa ini. Oleh sebab itu, para mommies digalakkan mengambil supplemen yang boleh memperkembangkan tumbesaran dan minda bayi serta mengamalkan ayat -ayat suci Al-quran untuk pengisian rohani bayi.
    Di sin, Set mengandung Shaklee merupakan pilihan yang terbaik untuk momies -mommies sekelian. Kenapa ya? Simple. Set mengandung Shaklee merupakan produk yang berasaskan kepada keoriginalitian alam. Hanya diperbuat dari bahan-bahan semula jadi dan bebas dari radikal-radikal sintetik. Hasilnya, tentu para mommies akan berpuas hati kerana mempunyai bayi yang sihat,  putih, gebu dan comel.

    Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu yang hamil pasti akan mengalami gejala muntah-muntah dan pening kepala. Ia dinamakan 'morning sickness'. Sebab kekurangan vitamin la tu. Kenapa ia terjadi. Ia disebabkan anda berbadan dua. Nutrien dan Zat telah dikongsi bersama dengan bayi. Oleh sebab itu, perlunya zat dan vitamin tambahan agar bukan sahaja bayi sihat,malah ibu juga turut bermaya menjalani hari -hari biasa berkerja dan sebagainya. Set mengandung Shaklee merupakan jawabannya.

Apa yang terkandung dalam Set Mengandung Shaklee ya?

Set mengandung shaklee mengandungi 6 produk yang bakal dikonsumi oleh  mommies-mommies sekelian. Produk tersebut ialah


  

ESP

Energize Soy Protein atau ESP merupakan susu soya yang terkandung dalam set mengandung budget Shaklee. Tahukah anda untuk menghasilkan satu botol ESP memerlukan 30 KG kacang soya yang diproses? Banyak tu.  ESP adalah uenntuk mengekalkan tenaga yang berpanjangan, sumber protein dan 9 asid amino yang penting bagi tubuh ibu mengandung. ESP yang terkandung dalam set Shaklee ini juga akan menggalakkan penghasilan susu,dan membant mguatkan rahim dan pembentukan otot janin.


OSTEMATRIX

Ostematrix lebih dikenali sebagai vitamin yang mengandungi kalsium.Semestinya kita tahu bahawa kalsium sangat penting dalam tubuh badan manusia terutama kepada ibu mengandung.Ini kerana kalsium dapat menguatkan tulang,kuku dan gigi.Bukan stakat itu je,ia juga boleh merangsang untuk memekatkan darah dan mengurangkan rasa2 kebas,kekejangan kaki,sakit-sakit sendi dan stress bagi ibu yang hamil trimester 2&3.

VITAMIN C 

vitamin C Shaklee  Vitamin C seperti yang anda ketahui terkandung pada oren dan blackcurrant. Selain itu, ia juga terkandung dalam buah-buahan yang lain. Jadi, adakah Vitamin C penting dalam set mengandung shaklee ini? Sudah tentu. Mampukah anda menelan 8 biji oren untuk keperluan vitamin c dalam badan anda seharian? yerp, tentu tidak. 1 tablet mengandungi vitamin c sama dengan 8 biji oren = kadar vitamin c yang diperlukan oleh tubuh badan.Dengan menggunakan tablet vitamin C dalam set mengandung shaklee ini, anda akan dapat manfaat dari segi peningkatan sistem imun dimana ia akan membina sel darah merah dan putih yang seimbang. Ini akan menyebabkan anda dan bayi dilindungi dari jangkitan bakteria dan meningkatkan sistem imun badan dan menjadikan kulit ibu sihat juga.

B-COMPLEX

B-complex   Pernah dengar tak terma 'folic acid'. Alah... yang selalu kita dengar orang cakap tu." Nak mengandung makan la acid folic", kata diorang. Well,percaya tak bahawa acid folic tidak mudah menyerap di dalam tubuh seperti yang disangka. Tahukah anda bahawa para saintis Shaklee telah menghasilkan satu folic asid yang mempunyai daya serap yang tinggi. Acid folic tersebut berada bersama Vitamin B- complex. Tapi tahukah anda bahawa asid folic yang berada di pasaran dan farmasi merupakan ubat sintetik?...ya..ianya ubat sintetik.
   Faedah dari pengambilan Vitamin B - complex dalam set mengandung Shaklee ini, kesemua 8 komponen Vitamin B yang perlu ada dalam badan akan ada dalam tubuh anda. Lebihan dari Vitamin B akan larut dan disingkirkan melalui pencernaan, jangan risau. Ia akan membantu menggalakkan tumbesaran bayi,meredakan sakit kepala dan tekanan kepada ibu, mencegah anemia dan detoksifikasi.

VITA - LEA

vitalea   Vita -Lea merupakan multi -vitamin dan mineral yang pertama di dunia. Disebabkan shaklee..hari ini vitamin dipanggil sebagai vitamin. Ini kerana Vita -Lea pada asalnya dinamakan sebagai Vitalized-mineral. Disingkatkan menjadi vitamin.
   Dah nama pun vitamin, semua jenis vitamin ada dalam ni. Ia diiktiraf the best multivitamin dalam majalah public interest pada tahun 2000. Ia menyediaka nutrisi asas pada tubuh dan menyebabkan tubuh ibu tidak penat. Ibu yang mempunyai HB (tekanan darah rendah) tersangatlah digalakkan menggunakan produk ini.

OMEGA GUARD 

Omega Guard Kaya dengan DHA.Ia akan membantu perkembangan bagi otak bayi kerana mempunyai kahaisat omega 3 di dalamnya. Terdapat banyak kelebihan yang ada pada omega guard tetapi bagi ibu yang mengandung, saya fokuskan kepada perkembangan kognitif bayi. Semoga dengan mengambil supplemen ini, anak anda bakal menjadi pintar dan cerdas.
 
 




 

Anda rasa ianya Mahal sebab Banyak????

JANGAN RISAU !!!!

YANA HEALTH CARE MENYEDIAKAN SET BUDGET UNTUK ANDA

 HUBUNGI 

 YANA

011-11181585

wassap/sms/mms/wechat/tango

klik di sini untuk ke laman FB untuk details