Isnin, 27 Januari 2014

Produk Shaklee Halal

        Baru -baru ini saya dikejutkan dengan satu post yang dinukilkan oleh salah seorang pengedar Shaklee. Beliau menyatakan bahawa customer beliau telah membuang produk yang dibeli kerana meragui status halal. Kenapa ya diragukan statusnya? Ini disebabkan oleh perkataan Gelatine yang dikaitkan dengan  Ba Alif Ba Ya..
        Sebenarnya ,adalah tidak bijak untuk memutuskan sesuatu sebelum merujuk kepada ahlinya. Maksudnya di sini, sepatutnya customer bertanya terlebih dahulu kepada pengedar ataupun penjual mengenai produk sebelum mengambil keputusan untuk mengtongsampahkan produk tersebut. Sayangnya, barangan yang baik sebegitu dibuang. Kan lebih elok dipulangkan kembali sekiranya was-was? Tambahan lagi, adalah menjadi satu tabiat yang tidak bijak untuk berkongsi cara beliau mengtongsampahkan produk tersebut di alam maya, kerna ramai pengedar dan pengguna yang berlegar -legar di ruang sesawang tersebut. Ini akan menimbulkan perspektif yang negatif dan akhirnya mengundang padah kepada si tukang karut seperti pengguna tersebut. Baiklah, sekarang bukan masanya untuk menunding jari atau menyalahkan sesiapa. Jadi entry kali ini berkisar mengenai status halal produk Shaklee.

shaklee-halal-ya

     okiee.... gambar diatas merupakan gambar /salinan sijil halal shaklee. Bagi yang mempertikaikan sijil halal tersebut kerana tidak disahkan oleh JAKIM, anda perlu tahu bahawa certificate ini diluluskan oleh ISA. ISA adalah singkatan untuk Islamic Services of America. Kenapa tiada logo JAKIM bagai? Kerana produk Shaklee adalah produk buatan America. Lainlah ia dilesenkan untuk dihasilkan di Malaysia, baharulah Logo JAKIM akan dimasukkan ke dalam produk. Jadi tak perlu risau, tak perlu nak tangkap gambar dan buat status yang bukan -bukan macam " ADBPSOMG".. ( Aku dah buang produk Shaklee..Oh my Goodness!!!) sambil interframe dalam gambar produk yang dah dibuang.

     Satu lagi berkenaan dengan label gelatine... ye...kita tahu bila disebut gelatine, maka terus fikir..."uihh!! Pak hang, ni produk ada ba alif ba ya ni !!! kita orang islam mana buleh telan natang ni. haram pak hang!!!".... isyhh.. ya ka? Dah kaji habis -habisan mengenai gelatin. Sebab setahu saya, gelatine yang dihasilkan melalui usus ba alif ba ya ( susah sangat, ba alif ba ya tu babi ) dinamakan sebagai porcine gelatine. Produk Shaklee keseluruhannya adalah dari bovine gelatine. Bovine gelatine adalah dari lembu. Untuk menyebabkan bovine gelatin menjadi haram adalah sekiranya lembu tersebut tidak disembelih di mana sekali lagi kita perlu yakin ianya halal kerana sijil halalnya telah dikeluarkan oleh ISA.

   
sekiranya kita masih lagi merasa sangsi, maka mulai hari ini, kita perlu berwaspada terhadap banyak benda di dalam Malaysia kerana sedarlah bahawa banyak makanan yang mengandungi gelatine ( sama saja dengan gelatine yang terdapat pada produk shaklee.). Contohnya lepas ni bila pergi ke pasaraya, kene check produk seperti gula -gula getah, toffee, jeli, jem,jus buah -buahan,dadih, dan aiskrim sekadar menyebut beberapa nama, kerana semestinya ia digarap bersama gelatin untuk keanjalan dan ketahanan yang lama. Sama saja bukan.Shaklee ada Sijil dan produknya sama seperti produk Zaitun...gunakan tanpa was-was.

Sabtu, 11 Januari 2014

SATU UBAT UNTUK SEGALA PENYAKIT DI DUNIA

    
     
Wujudkah satu ubat ajaib untuk segala jenis penyakit di dalam dunia ini? Dewasa ini , seringkali saya terserempak dengan iklan serbaneka yang mencanangkan bahawa dengan menggunakan produk tersebut, ianya bisa untuk menyembuhkan hampir 100% penyakit yang sedia ada di dalam dunia ini. Tidakkah kita merasakan bahawa ianya adalah berbaur retorik dan khayalan yang indah semata -mata? Secara logika, sekiranya memang wujudnya ubat-ubatan seperti itu , apakah gunanya institusi -institusi kesihatan seperti klinik, hospital dan juga pakar ubat-ubatan tradisional di desa? Persoalan yang lebih bermakna dari itu, berapa pula harga yang ditawarkan untuk produk yang amat bagus seperti itu? Barangkali kita perlu lebih telus memikirkannya.

 UBAT DAN DOS BERPISAH TIADA

       Jika kita terbiasa untuk mengunjungi hospital atas urusan lawatan sosial waima ahli keluarga terdekat mengalami komplikasi kesihatan, kita seharusnya mengetahui bahawa ubatan yang diberikan selalunya adalah dalam 2 atau 3 jenis. Mungkin dalam bentuk cecair, mahupun dalam bentuk bijian, yang harus dikonsum samada melalui kunyahan ataupun sumbatan melalui dubur. Sesuatu ubat yang diberikan seharusnya dikonsumi secara teratur agar keberkesanannya maksimum.  Oleh itu, ubatan dan dos berpisah tiada.  Jadi mana datangnya pil yang dikatakan mampu menyembuhkan segala penyakit di dunia ini? Seharusnya kita mengetahui bahawa sekiranya benar ada, semestinya produk tersebut mempunyai kandungan kimia atau elemen yang boleh dikategorikan sebagai bahaya. Ya! bahaya mungkin bukan dalam masa terdekat, tetapi mungkin akan ada kesannya di hari -hari usia tua kita.Maaf ya ! Ini adalah ulasan para dokter, bukannya saya menggunakan logika akal untuk berekspresi di dalam blog ini. 

KENALI PERBEDAAN ANTARA UBAT DAN SUPPLEMEN.

     Barangkali kita belum benar -benar mengerti apa itu supplemen dan apa itu ubat. Rupanya barangkali sama tapi ianya tidak serupa. Ubat-ubatan dihasilkan melalui proses kimia. Para pakar melakukan kajian dan mendapati bahawa bahan yang diuji mampu untuk membunuh, memberhentikan proses serta menyahkan bakteria ataupun sel yang tidak baik dari badan. Begitu juga dengan supplemen. Yang berbeda cuma ubat-ubatan adalah bahan kimia ataupun dadah yang diproses dan disarankan pengambilannya mengikut dos yang ditetapkan untuk menyembuhkan penyakit (denga ijinnya). Supplemen pula adalah proses mengekstrak bahan semulajadi untuk dijadikan tablet, juga bertujuan sama, cuma ianya mengimbangi nutrien dan kekurangan vitamin dan mineral yang dihasilkan oleh badan kita. Jadi kalian mahu pilih yang mana ? Untuk pengetahuan kalian, sebiji panadol yang dikonsum oleh kita pada tahun 1980, kesannya akan ada di badan sehingga tahun 2020. Maksudnya di sini, ia mengambil masa selama 40 tahun untuk badan kita membuang kandungan atau kesan kehadiran panadol tersebut. Terkejut bukan. Saya pun....

produk shaklee
     Kerna itu, untuk produk berasaskan tumbuh-tumbuhan Shaklee, perlunya kalian untuk mengambil 2 atau pun 3 produk untuk digabungkan menjadi satu set pemakanan supplemen. Kerana apa, kerana Produk Shaklee bukanlah produk ajaib. Ianya hanyalah produk biasa yang insyaallah membantu masalah anda. Senang cerita, jika anda cukup vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan, kebarangkalian penyakit untuk hinggap di badan adalah rendah. Ini telah dibuktikan oleh ramai pakar dan ahli pharmaseutikal. Kalian boleh mencari jawabannya di google. Jadi, beralihlah kepada supplemen. Amalkan ia, dan amalkan tabiat pemakanan yang sihat agar kualiti kesihatan anda pada tahap yang terbaik.

  

Sabtu, 4 Januari 2014

OFFER JANUARI , ALFALFA


   Ipoh (5/1/2014) - Pengedar Shaklee beramai -ramai berbondong -bondong ke Branch Shaklee Ipoh untuk mendapatkan stok Alfalfa yang dikatakan sangat hot bagi mereka yang merancang untuk kurus dan menjaga kesihatan dalaman badan mereka. Alfalfa Complex antara produk yang terlaris menyebabkan wujudnya fenomena seakan-akan demonstrasi jalanan untuk mendapatkan stok tersebut. Difahamkan, terdapat sekurang-kurangnya 3 ibu tunggal yang terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kepala tersepit di kerusi akibat lama menunggu untuk mendapatkan stok Alfalfa...................................... KENA :)

Baiklah. Berita di atas merupakan troll untuk tahun 2014 ni. Jangan percaya bulat -bulat fakta di atas. Apa yang anda perlu percaya, bahawa memang terdapat potongan harga,rebat,diskaun,offer dan perkataan -perkataan yang seakan dengannya yang menyatakan bahawa anda perlu membayar kurang untuk produk yang sama di tahun berjimat cermat neh. Bulan ini adalah bulan untuk Alfalfa Complex. Mari berkenalan dengan Cik Alfalfa Kita :-
alfalfa complex





 Botol yang macam comel dan seakan-akan manja ni adalah Cik Alfalfa. Nak berkenalan? Meh saya berikan biodata dia.

NAMA : ALFALFA COMPLEX

ASAL :   CALIFORNIA, UNITED STATES


TARIKH LAHIR : 1950 an

NAMA AYAH : C. FORREST SHAKLEE

KEBOLEHAN :

1.    Merawat masalah pencernaan
2.    Mengawal kolestrol yang ada dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk  yang dinamakan 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke
5.    Merawat pesakit diabetes dengan mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema iaitu Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopause
8.    Merawat asthma dan masalah acute pernafasan
9.    Merawat sembelit dan buasir
10.  Menyahkan toksin dalam badan
11.  Mengurangkan kesakitan sendi dan otot
12.  Meningkatkan sistem imun tubuh
13.  Membantu penghadaman anda
14.  Membantu menggandakan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah prostat
16.  Mengurangkan masalah gangguan hati dan gastrik
17.  Meningkatkan kesihatan diri
18.  Bertindak ala-ala kacip fatimah bagi wanita
19.  Membantu masalah yang bersangkut paut dengan nafkah batin
20.  Membantu meningkatkan tahap kesihatan lelaki

Jadi, saya sebagai wakil pihak ayah Cik Alfalfa iaitu C. Forrest Shaklee, ingin melepaskan beberapa Cik Alfalfa kepada yang berhak dengan mahar yang berpatutan yang bakal diijabkabulkan oleh pembaca yang budiman ini. Jadi, sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah berurusan secara terus dengan saya di 
yana health care