Selasa, 25 Mac 2014

CHANTEK PUN NAK , SIHAT PUN MAO !!

     Sebagai wanita, semestinya kita ingin kelihatan cantik dan menarik. Bermatian kadangkala ingin kita perhabisan ribuan ringgit untuk ke body slimming session atau rawatan kulit agar diri kita kelihatan cantik dan menawan. Kadangkala kita terlupa bahawa sihat juga merupakan satu aspek penting dalam kehidupan sehari-hari. Hari ini saya ingin kongsikan 5 makanan atau item yang boleh kita konsum untuk kulit kelihatan cantik dan menarik 

1. Buah Oren

 Kita sudah biasa mendengar bahawa buah ini dapat membantu meningkatkan imuniti badan kita. Ya.. Tapi tahukah kita bahawa Vitamin C yang terkandung dalam oren juga ada impaknya pada kulit kita. Nak kulit halus dan gebus ? Telan banyak -banyak buah oren. Buah oren mengandungi anti oksidan yang tinggi. Walaubagaimanapun sekiranya anda bukan peminat buah oren, sentiasa ada alternatif lain seperti blackcurrant, anggur dan tangerines !

2. Kacang

 Hampir semua orang tahu bahawa kacang merupakan sumber protein yang terbaik. Protein yang terkandung dalam kacang boleh melindungi kulit anda dari radiasi matahari yang bahaya tu. Jadi kulit akan kekal cantik. Sekiranya anda kurang berminat dengan kacang, anda boleh mengambil minyak masak berasaskan sayur untuk menggantikan vitamin E di dari kekacang. Cool kan?