Rabu, 18 Jun 2014

Apa dah jadi dengan Malaysia ni?

     Bila menyebut mengensi isu makanan, tentunya kita mementingkan status makanan tersebut:-
  
1. Produk halal
2. Sedap
3. Murah

     Malangnya, semenjak dua ini, setelah isu cadbury, muncul pula isu syarikat bihun yang menggunakan logo halal sendiri, malahan menggunakan kaedah yang kotor dan jijik untuk penyediaan produk mereka. Apa masalah sebenarnya di sini?

      Kajian menunjukkan bahawa dewasa ini pelbagai penyakit lazim yang biasanya tidak terjadi pada waktu dahulu sudah menjadi perkara biasa sekarang. Contohnya, jaundice a.k.a demam kuning. Ia adalah satu phenomenal sekarang. Kes jaundice zaman mak nenek dahulu rasanya adalah kurang jika dibandingkan dengan sekarang. Mengapa ia terjadi? Kompom-kompom lah disebabkan oleh gaya hidup dan cara pemakanan kita...period.

     
     Makanan luar ataupun bahan mentah yang kita beli di stor sudah tentunya menggunakan bahan kimia yang dibenarkan. Tetapi cuba fikir sejenak, adakah sesuatu yang bagus untuk makan makanan sebegitu..contohnya ayam inject, sayur-sayuran yang diracun dan sebagainya? Sudah tentu tidak. Tapi mampukah kita lari dari semua itu? Anda sendiri tahu jawapannya.
     
     Semasa mengupah seorang cina untuk menanam rumput jepun di kediaman saya, cina tersebut telah terlihat sebiji pokok pelam di rumah. Reaksinya, "aiyya..pokok baru 3-4 bulan, sudah mao buah ka?," saya juga hairan bila dia berkata begitu lalu saya bertanya " tak bagus ka taukeh?". Dia pun membalas dengan panjang lebar," lorr... Mana ada bagus ini macam. Lu kena pikir maa..itu olang suma sudah kasi racun satu kali masuk.memang lorr, hali ini dia buah manyaak cantik punya.tapi kali kedua aaa... Mesti ala kualiti kulang sikit,kali ketiga dan seterusnya aa, itu buah musti talak syok makan o.. Macam limau camelon (cameron) waktu laya cina..dia kasi inject satu kali kasi buah semua keluar aa... Habis laya, kasi buang semua stok kasi olang ipoh beli. You beli, kasi nangis satu kali aa.. Not delicious, manyak masam, u buang duit saja. I kasi tahu sama u sebab lamai olang talak tao ini hal. Diolang takkan kasi tai sama u. Manyak lugi itu macam." Saya pun berfikir sejenak.... "Owh, nasib baik jiran aku yang punya."

     Jadi, sekiranya diambil pengajaran dari cerita benar diatas, kesimpulannya jika kita lihat senario sekarang bahawa industri makanan sekarang adalah seperti buah mempelam tadi. Semuanya berkisarkan keuntungan dan cepatnya cara pemprosesan agar untung menjadi lebih, sekaligus menjadikan kualitas makanan tersebut kurang.

     Disebabkan ini, saya memilih untuk menawarkan produk shaklee kerana menyedari bahawa masyarakat sekarang memang perlukan vitamin tambahan.

     Akhir kata, terpulang kepada anda untuk menilai dan berfikir. Thanks for dropping by. Semoga Allah merahmati kalian, pembaca yang budiman.

Isnin, 16 Jun 2014

Supplemen untuk lesu dan lemah badan

Jumaat, 13 Jun 2014

MLM bisnes yang menguntungkan

     Ramai yang akan bertanggapan negatif apabila disebut perkataan MLM. Mengapa ya? Sesetengah orang mungkin akan mengatakan bahawa MLM ini adalah satu sistem dimana orang atas akan menindas orang di bawah dengan sistem piramid bagai. Contohnya seseorang itu perlu menyimpan stok yang banyak. Untuk mendapatkan stok yang banyak, maka perlu untuk membuat loan,contohnya RM 30K. Kemudian mereka bukan sahaja kena menjual stok sehingga RM 30K , malah perlu mencari prospek yang mampu untuk membuat loan RM 30 K seperti mereka dan copy paste sistem tersebut. Alangkah malangnya sekiranya tidak menjadi. Bukan sahaja mereka menanggung hutang, malah hubungan antara rakan niaga dan sanak saudara pun mungkin renggang. Stok pun ada bawah katil penyudahnya. Saya berani katakan kerana saya telah mengalami situasi tersebut dan hampir patah semangat.
     Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk menyertai multi-level marketing atau MLM, tolonglah jangan mempraktikkan MLM dengan cara yang salah. Perlunya kajian yang mendalam dalam skim atau modus operandi sharikat MLM itu sendiri. Kenapa saya memilih Shaklee? Mudah sahaja. Setelah 7 buah syarikat MLM yang saya cuba dan gagal, baru saya sedar dan diberi peluang untuk cuba Shaklee. Padahal syarikat ni dah 50 tahun. Satu saja alasannya, saya menjual atas kebaikan produk yang ditawarkan. Sekiranya produk itu bagus, tentu boleh jual. Alasan yang paling utama lah ni. Banyak lagi alasan, tapi rasanya dah tulis dalam entry -entri yang dulu.
    So, kesimpulannya jika anda minat untuk sertai MLM, kaji betul-betul. Jangan buang masa macam saya. Tapi sekiranya anda berminat untuk menyertai Shaklee, sila berhubung dengan saya di

011-11181585 (yana)
atau cari laman facebook yana health care.
Konsultasi dan latihan akan diberikan secara percuma.
Semoga sama -sama kita mendapat manfaat... InsyaaAllah.

Selasa, 10 Jun 2014

Phytocol -ST, jawapan untuk kolestrol anda

Phytocol -st merupakan produk baru yang dilancarkan oleh Shaklee pada 7 hb jun yang lepas. Ia merupakan produk yang membantu mengurangkan kolestrol yanh tidak diperlukan oleh badan kita.

Ramai yang tidak tahu bahwa terdapat 2 jenis kolestrol iaitu kolestrol yang baik serta kolestrol yang jahat. Kolestrol jahat merupakan kolestrol yang akan menutup dinding arteri secara perlahan-lahan. Apabila semakin sempit arteri..semakin banyak risiko untuk mendapat serangan jantung. Konsep yang sama juga digunapakai dalam kes angin ahmar ataupun stroke. Jadi dimanakah fungsi phytocol ini?

Phytocol mempunyai persamaan genetic code atau rantaian jirim yang sama dengan kolestrol. Dengan mengambil produk ini, sebenarnya kita berjaya menipu sistem badan  dengan menyatakan bahawa phytocol ini adalah kolestrol. Oleh itu, kolestrol yang jahat yang sepatutnya diserap badan akan dinyahkan dari badan melalui sistem lain seperti perkumuhan,peluh dan lain-lain. Ia adalah proses yang selamat dan natural. Rekomendasi terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kolestrol,darah tinggi dan obesiti.

selamatkan diri anda
untuk cod /hantaran terus :
011-11181585
yana
juga boleh didapati di laman fb
yana health care
wassap/fb /direct call preferred

National conference shaklee

National conference shaklee (NC) adalah satu persidangan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian warga shaklee. NC boleh diumpamakan seperti pelajar yang mengambil ijazah pada hari anugerah di universitas. Setelah setahun berhempas pulas dan berusaha mencapai target yang dikehendaki...akhirnya segala usaha diatas berbaloi setelah berjaya naik ke pentas dan menerima anugerah dari Mr. Barnett
, CEO Shaklee US. Satu perasaan yang indah sekiranya anda berpeluang untuk naik ke pentas...auranya sangat kuat dan pastinya tahun hadapan kita ingin sekali lagi naik ke pentas.
    Tidakkah kalian juga ingin mengecapi kejayaan seperti ini? Insyaallah, sekiranya yakin dan berusaha serta memberi diri sendiri peluang untuk menceburi bidang ini,yakinlah bahawa Allah akan memberi rezeki jua akhirnya..pokok pangkalnya sejauh mana kesabaran dan tawakkal kita kepada Allah s.w.t.  Akhir kata,siapa yang berusaha,pasti akan berjaya. Untuk pertanyaan selanjutnya ,sudilah sekiranya utk bertanya dan ber pm di facebook saya dieyana rahim atau watsap terus ke 01111181585 untuk keterangan yang lebih mendalam...assalamualaikum dan semoga Allah merahmati kalian semua..