Rabu, 10 September 2014

Fakta: keajaiban tembikai yang perlu anda tahu.

   Tembikai merupakan makanan yang boleh didapati dengan mudah di negara kita. Tahukah kamu bahawa tembikai mempuyai pelbagai fungsi untuk kesihatan kita, walaupun ia dikaitkan dengan batuk apabila dimakan dengan banyak. Mari semak kebaikan buah tembikai:

watermelon is good


1. Tekanan Darah tinggi

       Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati suplemen ekstrak buah tembikai mampu untuk mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid  di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau  hipertensi peringkat yang pertama  dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.

Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.
2 .Mengatasi masalah keradangan.
        Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan  kronik.

3. Mencegah Kanser
             Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.
4. Kulit yang sihat 
Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang  lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.
Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan,  untuk mempunyai kulit  dan rambut yang sihat.
5. Mengurangkan kesakitan Otot 
Tembikai dan jus tembikai  terbukti  mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang  asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.