Selasa, 19 November 2013

FAKTA MENGENAI VITAMIN C



          Kebiasaannya, kita mengetahui bahawa Vitamin C  terdapat pada oren. Kemudian, kita sering dimomokkan bahawa vitamin C adalah 3x ganda lebih berbanding oren jika kita minum Ribena.. Ahaha..betul la tu. Apa yang anda lihat di dalam iklan memang ada kebenarannya. Sedari itu, tahukah anda bahawa vitamin C adalah salah satu vitamin yang amat penting bagi tubuh badan anda ?
 
Jom kita lihat dengan lebih mendalam mengenai vitamin C:


Vitamin  C atau nama saintifiknya Asid Askorbik membantu dan menjaga salur darah agar tidak mudah pecah,mencegah pengerasan salurdarah, dan membantu dalam proses pemecahan lemak yang tak berguna di dalam badan.  Oleh itu, bagi mereka yang menghidap darah tinggi, digalakkan untuk mengkonsumi vitamin C ini. Vitamin C juga dapat mengelak atau melambatkan proses stroke dan salur jantung tersumbat.


 Vitamin c adalah ejen detoksifikasi. Vitamin C dapat menyatukan logam –logam berat di dalam badan . Kita mengkonsumi raksa,arsenic dan plumbum melalui air dan makanan yang kita makan seharian. Adalah menjadi satu bonus bagi para perokok untuk mengambil vitamin c. ia akan membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang dari  mengalami kerosakan yang teruk.  


       Vitamin ini juga membantu pembentukan kolagen di dalam badan. Kolagen yang cukup dalam tubuh badan akan mengakibatkan kulit kita kelihatan cantik , licin dan juga tegang. Kenapa ya? Ini kerana kolagen menyusun sel –sel  dan berguna untuk pembentukan,sendi tulang dan gigi kita. Semakin dewasa, semakin kurang pembentukan kolagen. Oleh itu, kolagen tambahan diperlukan melalui makanan yang mengandungi banyak Vitamin C. Tahukah anda bahawa perkataan kolagen itu sendiri berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud lekat ? 
 Bruce Miller, seorang doctor menyatakan bahawa lebih banyak kamu stress, lebih banyak vitamin C yang kamu perlukan (the more you stress, the more you need vitamin C.)Apabila seseorang itu stress, dia akan kehilangan banyak vitamin C.  Dengan kehilangan vitamin C, sistem imunisasi seorang itu akan lemah dan mudah untuk diserang penyakit yang pelbagai. Sebab itu, kanak –kanak dianjurkan untuk memakan vitamin C. Contoh penyakit yang melibatkan vitamin C ialah skurvi. Pada zaman dahulu penyakit skurvi melibatkan anak kapal dan pelaut. Kenapa ini berlaku? Ini disebabkan oleh pemakanan yang tidak segar,tiada buah-buahan atau sayur segar di atas kapal. Oleh sebab itu, mereka pun kekurangan vitamin dan penyakit tersebut pun hinggap ke mereka. Oleh itu, untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, digalakkan untuk makan vitamin C pada dos yang tinggi.

Kesimpulan : -kita perlukan vitamin ini sangat sangat. Bruce Miller mencadangkan sebanyak 500 mg sehari Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. 500 gm bersamaan dengan 7 biji oren. Kalau susah atau kekangan masa untuk makan 7 biji oren, disarankan untuk makan tablet atau pil vitamin C. Terdapat pelbagai tablet yang dijual di pasaran, tetapi dos yang tepat dan pil kegemaran saya ialah :



   

0 ulasan:

Catat Ulasan