Anak mendapat zat dan nutrien yang diperolehi daripada pemakanan ibu.
Seharusnya ibu perlu mengkonsumsi makanan yang baik-baik untuk pertumbuhan janinnya.
Di dalam islam, pemakanan amat dititikberatkan. Oleh sebab itu, makanan yang dikonsumsi perlu halal dan tidak syubhah.
terdapat juga pepatah yang mengatakan bahawa "kamu adalah apa yang kamu makan ."
Add caption |
Oleh sebab itu, maka teramatlah penting untuk ibu mengetahui dan memahami mengenai pemakanan yang baik untuk bayi dan perkara yang diperlukan untuk menghindari kecacatan otak mereka. Oleh itu :-
1. Hindari makanan yang mengandungi bahan pengawet yang berlebihan.
Ketahuilah ibu -ibu mengandung sekalian bahawa kandungan yang terdedah kepada pengambilan makanan yang mengandungi pengawet mampu untuk merosakkan janin tersebut
2. Hindari makanan yang berkalori tinggi
Makanan yang berkalori tinggi dan mengandungi gula yang banyak akan menyebabkan ibu mengalami obesiti yang berlebihan semasa mengandung. Jadi ibu -ibu sekalian, Hindari makanan berkalori tinggi. Anda boleh menyelamatkan diri sendiri kerana tidak perlu untuk menongkat diri sendiri kerana kaki tidak mampu untuk menampung berat badan dan juga bayi comel yang bakal dilahirkan.
3. Kaffein yang berlebihan
Kafein berlebihan tidak baik untuk janin dan ibu. Ia dapat meningkatkan tekanan darah dan menyusakan ibu yang sedang mengandung.
4. Memasak makanan dengan betul
Makanan perlu dipastikan masak dengan betul agar kuman atau bakteria di sekeliling makanan tersebut mati pada suhu yang sepatutnya.
5. Kurang atau berhenti merokok dan mengambil minuman keras.
Pengambilan minuman keras dan rokok akan merencatkan pertumbuhan bayi. Jadi, perlu berhenti dari mengkonsumsi barangan tersebut...
0 ulasan:
Catat Ulasan