Hai mommies.... hari ini saya nak kongsikan sikit cara -cara untuk menyusukan anak. Caranya kena tahu juga ,supaya kita tak merasa susah atau payah dan kadangkala menimbulkan kesakitan semasa menyusukan anak. Tanpa panjang cerita, kita ikut langkah bergambar di bawah ni.
5. Langkah terakhir adalah dengan memegang bayi secara dekat agar contact antara bayi dan sumber susu berjalan dengan lancar. So mommies kadang-kadang terpaksa support payudara terutamanya bagi mereka yang berpayudara besar. Semoga Berjaya !!!!!
1. Gosokkan puting pada bibir atas dan bawah sikit dari hidung bayi. Bayi secara automatis akan mengelak dan membuka mulut. Jika teknik tersebut kurang membantu bagi bayi anda, anda boleh menggunakan kaedah kedua iaitu dengan menggosok puting di pipi bayi anda sehingga ia membuka mulutnya.
2. Apabila bayi sudah membuka mulut, tarik bayi dan kepala bayi itu ke arah payudara anda. Pastikan bukan payudara anda yang maju ke depan untuk masuk ke dalam mulut bayi.
3. Langkah seterusnya adalah dengan memastikan bahawa bayi mendapat zat dan nutrien melalui payudara anda. Anda perlu menyokong payudara atau memastikan bahawa bayi menghisap susu secara assymmetric latch. Caranya adalah dengan memastikan bayi menyusu seperti di dalam gambar (bahagian bawah payudara sama paras dengan bayi.
4. Jadi, bayi akan menyusu seperti ini. Mulut bayi sepatutnya melepasi sedikit dari puting dan bukannya betul -betul pada hujung puting. Teknik penyusuan yang baik akan menyebabkan bayi selesa dan ibu tidak merasa sakit apabila memberi susu.
5. Langkah terakhir adalah dengan memegang bayi secara dekat agar contact antara bayi dan sumber susu berjalan dengan lancar. So mommies kadang-kadang terpaksa support payudara terutamanya bagi mereka yang berpayudara besar. Semoga Berjaya !!!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan