Ahad, 22 Disember 2013

Menjana pendapatan bersama Shaklee ( PART 1)

Pernahkah anda masuk skim MLM sebelum ini? sesiapa berada pada umur 30 an sekarang kebanyakan telah melaluinya. Nyatakan sahaja skim apa yang belum pernah saya masuk...rasanya 80% skim MLM telah saya daftar atas nama saya sendiri. Tak perlu sebutlah,rasanya tak penting. Mungkin faedahnya dari situ saya memahami bahawa dengan lebih mendalam cara untuk berbisnes secara online dan offline kot. Walaubagaimanapun, tentu anda akan tertanya-tanya, why Shaklee? Ape yang bagus sangat tentang Shaklee ni sampai hang nak buat benda ni, tak macam MLM yang dulu-dulu. Baik, akan saya terangkan satu -persatu mengapa saya masuk MLM yang dah lama sebenarnya bertapak kat Malaysia ni.

KENA MAINTAIN POINTS??

Bagus ke kene maintain points? Susahlah kalau macam tu...Well yes, untuk yang menjadi ahli dan nak buat makan sendiri je, tak perlu nak maintain points. Awak beli dan mungkin beli dalam kuantiti yang tertentu, anda akan dapat balik duit anda sedikit sebanyak.Kira macam discount la. Tapi bukan ini matlamat entry kali ini.Kita nak sembang sikit pasal orang yang masuk Shaklee tapi nak menjana pendapatan melalui produk shaklee.

kira susah lah kene maintain points kan? Baik, dalam MLM ni kalau benda tu is too good to be true, Maka berhati-hatilah. Sebab ia akan menjadi scam. Kita kene sedar bahawa apabila kita menjalankan satu bisnes, kita perlu ada produk.Kita perlu menjual.Berbanding dengan setengah MLM yang jual sekali,untung berkali -kali, kalau kita fikir menggunakan otak kita yang marhaen ni..mesti ada something wrong kat situ. Kita ambil analogi begini :-

1) Pak Ali ada seekor ikan pari. Beliau menjualnya dengan harga RM 15.00. Untung untuk Pak Ali hanya RM 15.00. Boleh tak Pak Ali untung lebih dari itu. Semestinya tidak. Untuk untung, Pak Ali perlu pergi ke laut nak menangkap lagi pari untuk dijual pada harga yang sama. Satu-satunya cara untuk untung lebih adalah dengan menaikkan harga.

2) Ah Foo membeli pari dari Pak Ali. Untuk untung, Ah Foo telah mengerat pari tersebut kepada 6 bahagian.Ah foo menjual dengan harga RM 4.00 setiap bahagian. Jadi Ah Foo telah untung sebanyak RM 5.00. Satu -satunya cara untuk Ah Foo untuk untung lebih adalah dengan menaikkan harga.

JADI MACAM MANA NAK UNTUNG BERKALI -KALI KALAU KITA TAK MENJUAL ???

Itulah sebab mengapa perlu maintain points tertentu. Sebabnya Shaklee bukan skim cepat kaya. Saya menulis entry ni sebab saya bermentaliti yang negatif sesuatu masa dahulu. Nak sangat cepat kaya..Nak cepat sangat pakai Evolution VII (masa tu memang tgh hot item).Sedari, rupanya saya mengayakan orang yang masuk terdahulu sebelum saya.Sadiskan?? Tapi ia tidak berlaku di Shaklee. Nak mewah??Kena berusaha. Upline anda hanya dicampak sedikit tulang dari usaha hebat anda.Jadi, nak tak nak, upline awak pun kena jual produk. Cuma yang bagusnya bila dah jadi upline atas ni, kurang lah sikit bebanan nak maintain pointsnye sebab ada group sale.Ini untuk memberi peluang kepada orang baru juga menjana pendapatan.Bayangkanlah kalau ada 100k orang jual online, yang dah lama bertapak pun tentu sale dia kira tahap gila babi, bungkus lah orang yang baru nak mula.Pasal tu, jika awak prihatin dan berminat untuk menyertai Shaklee, awak akan melihat ada group-group assabiyah yang ditimbulkan di sini. Bukan kerana Assabiyah ya ibu, ini adalah kerana upline group telah mencapai tahap dasyat dan mereka memperkenalkan diri untuk membantu puak masing -masing berjaya.Dengan adanya bantuan group,maka mereka yang masih lagi picisan akan berjaya mencapai tahap yang sama. Membantu orang bawah sama seperti membantu diri sendiri. Awak akan faham bila awak mencapai tahap itu beberapa bulan setelah join bisnes ini (jadi join me untuk perkembangan seterusnya).

OK..GROUP ASSABIYAH. SO WHAT?? LAGIPUN DAH RAMAI DAH JUAL

Ye, shaklee sekarang berada di chart no 1 sebagai produk yang paling berjaya. Ramai dah yang menjual. So, kalau saya jual, ada ke yang nak beli? Good...mentaliti ini yang saya nak dari orang melayu macam awak. Cuba fikir sejenak, kalau produk tu laris, tentunya permintaan itu tinggi. Kenapa permintaan itu tinggi? kerana semestinya ia bagus dan berkesan. Jika awak pernah berniaga di pasar malam seperti saya, awak akan tahu apa itu erti persaingan. Saya contohnya, menjual accessories untuk wanita. Saingan dari orang Melayu tidaklah begitu gentar bagi saya, tetapi saya paling takut dengan chinese business marketing. Sebab diorang boleh datang dan bagi lambakan barang dengan harga yang tersangat murah. Kenapa mereka boleh buat begitu?sebab mereka adalah pemilik wholesale barang 2 tersebut. Jika saya berniaga di sini barangan sama, dan Kak Peah menjual barangan di sana, rezeki kami mungkin dekat -dekat nak sama. Dengan orang Chinese, perbezaannya adalah cara susunan orang melayu mungkin lebih teratur dan indah. Kerana apa? Kerana barang kita sedikit dan kita perlu ia kelihatan menarik. Chinese man /women tadi barang banyak, jadi diorang campak gitu je. Sebabkan barangan saya menarik, saya mendapat customer. Disebabkan barang mereka murah, mereka mendapat customer. Fair and square.

So shaklee ?? Barangannya sama. Kalau saya jual produk A harga seringgit, Kak Pah kat Tg. Malim pun jual barang dia dengan harga seringgit. Bezanya customer service, cara menjawab PM yang berlambak 2 setiap hari, dan cara marketing.So, jangan cakap tak boleh jual. Di Malaysia, melalui facebook sahaja anda ada 1,600,000 customer yang berpotensi. Takkan dalam banyak-banyak tu, tak boleh 2 atau tiga orang beli dalam satu hari.O.K, dalam banyak 2 tu, kita tolak laki-laki. masih ada 800,000 perempuan dalam facebook. Hari -hari ada orang bersalin. Hari -hari ada orang nak kurus. Hari-hari ada orang nak meningkatkan kecantikan mereka dan sebagainya. Kita bukan jual kereta. Jadi, tak ada sebab mengapa dalam satu hari tak boleh jual kat 2 - 3 orang. Yang membuatkan orang tak beli adalah kerana kita tak jujur. itu sahaja. Jadi, jangan takut untuk menjual. Jangan takut untuk memperkembangkan potensi anda. Sesungguhnya saya boleh membantu anda (PM untuk penerangan lanjut).

Alamak...Azan dah ni.Panjang lagi nak bebel ni. tapi sebab dah azan ni, saya stop dulu lah untuk dia. saya akan sambung lagi pada PART TWO esok mengenai benefit yang lagi penting selain menjual. Nantikan ya!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan