Isnin, 27 Januari 2014

Produk Shaklee Halal

        Baru -baru ini saya dikejutkan dengan satu post yang dinukilkan oleh salah seorang pengedar Shaklee. Beliau menyatakan bahawa customer beliau telah membuang produk yang dibeli kerana meragui status halal. Kenapa ya diragukan statusnya? Ini disebabkan oleh perkataan Gelatine yang dikaitkan dengan  Ba Alif Ba Ya..
        Sebenarnya ,adalah tidak bijak untuk memutuskan sesuatu sebelum merujuk kepada ahlinya. Maksudnya di sini, sepatutnya customer bertanya terlebih dahulu kepada pengedar ataupun penjual mengenai produk sebelum mengambil keputusan untuk mengtongsampahkan produk tersebut. Sayangnya, barangan yang baik sebegitu dibuang. Kan lebih elok dipulangkan kembali sekiranya was-was? Tambahan lagi, adalah menjadi satu tabiat yang tidak bijak untuk berkongsi cara beliau mengtongsampahkan produk tersebut di alam maya, kerna ramai pengedar dan pengguna yang berlegar -legar di ruang sesawang tersebut. Ini akan menimbulkan perspektif yang negatif dan akhirnya mengundang padah kepada si tukang karut seperti pengguna tersebut. Baiklah, sekarang bukan masanya untuk menunding jari atau menyalahkan sesiapa. Jadi entry kali ini berkisar mengenai status halal produk Shaklee.

shaklee-halal-ya

     okiee.... gambar diatas merupakan gambar /salinan sijil halal shaklee. Bagi yang mempertikaikan sijil halal tersebut kerana tidak disahkan oleh JAKIM, anda perlu tahu bahawa certificate ini diluluskan oleh ISA. ISA adalah singkatan untuk Islamic Services of America. Kenapa tiada logo JAKIM bagai? Kerana produk Shaklee adalah produk buatan America. Lainlah ia dilesenkan untuk dihasilkan di Malaysia, baharulah Logo JAKIM akan dimasukkan ke dalam produk. Jadi tak perlu risau, tak perlu nak tangkap gambar dan buat status yang bukan -bukan macam " ADBPSOMG".. ( Aku dah buang produk Shaklee..Oh my Goodness!!!) sambil interframe dalam gambar produk yang dah dibuang.

     Satu lagi berkenaan dengan label gelatine... ye...kita tahu bila disebut gelatine, maka terus fikir..."uihh!! Pak hang, ni produk ada ba alif ba ya ni !!! kita orang islam mana buleh telan natang ni. haram pak hang!!!".... isyhh.. ya ka? Dah kaji habis -habisan mengenai gelatin. Sebab setahu saya, gelatine yang dihasilkan melalui usus ba alif ba ya ( susah sangat, ba alif ba ya tu babi ) dinamakan sebagai porcine gelatine. Produk Shaklee keseluruhannya adalah dari bovine gelatine. Bovine gelatine adalah dari lembu. Untuk menyebabkan bovine gelatin menjadi haram adalah sekiranya lembu tersebut tidak disembelih di mana sekali lagi kita perlu yakin ianya halal kerana sijil halalnya telah dikeluarkan oleh ISA.

   
sekiranya kita masih lagi merasa sangsi, maka mulai hari ini, kita perlu berwaspada terhadap banyak benda di dalam Malaysia kerana sedarlah bahawa banyak makanan yang mengandungi gelatine ( sama saja dengan gelatine yang terdapat pada produk shaklee.). Contohnya lepas ni bila pergi ke pasaraya, kene check produk seperti gula -gula getah, toffee, jeli, jem,jus buah -buahan,dadih, dan aiskrim sekadar menyebut beberapa nama, kerana semestinya ia digarap bersama gelatin untuk keanjalan dan ketahanan yang lama. Sama saja bukan.Shaklee ada Sijil dan produknya sama seperti produk Zaitun...gunakan tanpa was-was.

0 ulasan:

Catat Ulasan