Khamis, 12 Disember 2013

Vegetarian..Satu tabiat pemakanan.

     Setujukah jika saya nyatakan disini bahawa kita lagi busuk dari segala binatang di dunia ini? Sepatutnya anda setuju kerana sebenarnya memang pun...hehe..tetapi bukan dalam kondisi sama -sama bernyawalah. Ok, bayangkan seorang manusia mati sebelah dengan seekor haiwan (kita ambil contoh lembu) dan terbiar selama lima hari..pastinya manusia itu lebih busuk dari haiwan tersebut. Kenapa begitu ya?
     Ini semua disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Manusia adalah spesies omnivor dimana tuhan telah memberikan kita satu set gigi dimana terdapat gigi taring untuk mengoyak daging dan set gigi petak untuk mengunyah sayuran dan juga daging.Berbeza dengan haiwan yang kebanyakannya adalah herbivor (lembu,kambing,rusa,dll) yang hanya mempunyai gigi petak ataupun haiwan karnivor yang hanya memakan daging. Jarang sekali kita melihat haiwan yang omnivor seperti manusia.

gigi herbivor
gigi herbivor
gigi karnivor
gigi karnivor
     Lihat contoh gambar diatas. Kedua -dua gigi haiwan tersebut adalah sangat berbeza. Secara hukum alam, tak mungkin kita akan lihat singa makan buah tomato ataupun arnab mengoyak daging lembu yang diberikan oleh Cik Saleha selaku owner arnab tersebut.Tak mungkin. Mereka bukan diciptakan untuk semua itu.

Habis tu kenapa manusia ada yang vegetarian ek?

      Sesetengah manusia ada yang mengamalkan vegetarian. Mungkin atas sebab ikutan agama ataupun dalam sesetengah kes memang diorang tak boleh makan nasi. Dia macam sesetengah orang yang tak boleh makan udang sebab alahan, ataupun mungkin tak boleh nak masuk. Yang masuk cuma sayur je. Nak buat macam mana. Saya sendiri tak boleh nak makan ayam. Bukan disebabkan oleh alahan ke apa, cuma saya memang rasa ayam tu tak sedap (tapi KFC ngan ayam masak merah boleh aja..hehe). Kembali kepada hukum alam, kenapa perlu menjadi vegetarian sedangkan tuhan telah memberikan kita 2 dalam 1 set gigi. 1 gigi untuk makan daging dan satu gigi untuk makan sayur. Maksudnya tuhan memang telah mentakdirkan kita untuk makan kedua-duanya kan? Mesti ada sebabnya. Mungkin gambar dibawah ni boleh menjawab segala persoalan???hehe..
nak kurus dengan set shaklee


Tabiat pemakanan kita.
       Kita lupakan soal haiwan sebentar dan kembali kepada soalan kenapa manusia busuk apabila kita meninggal.Ini disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Dasar manusia...semua bedal. Petai,sambal belacan,buah-buahan dan sayuran,saya rasa semua pernah makan kan?Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan kita adalah apa yang kita makan. Disebabkan itu juga bagi yang beragama islam, pemakanan adalah suatu tajuk yang sangat dititikberatkan. Konsep halal dan haram tidak asing lagi bagi kita. Asalkan benda tu halal..maka tak salah lah kalau nak makan benda tu.
       Jadi penting tak cara pemakanan kita? Bagi saya adalah tersangat penting. Saya nak jugak jadi macam Nigel Lawson (seperti diatas) ataupun Rozita Che wan pada pada penghujung 40 an saya nanti. Dengan pemakanan yang betul insyaallah dapatlah kita kekal sihat dan sekurang-kurangnya melambatkan proses penyakit dan penuaan, agar dapat mencari redha Allah selagi hayat dikandung badan. Saya rasa saya tidak keseorangan di sini. Ramai lagi mommies-mommies yang diluar sana yang mementingkan kesihatan dewasa ini. Ini terbukti dengan pembelian-pembelian barangan saya dari ibu yang sudah beranak -pinak,student-student di universiti,dan juga suami -suami yang prihatin terhadap isteri dan kesihatan keluarga mereka. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesedaran dan sokongan pihak tuan-tuan dan puan-puan. Semoga kita sama -sama mendapat manfaat dari produk yang terjual. 
vegetarian shaklee
vegan
       Jadi terpulang...samada anda vegetarian ataupun omnivorist, yang penting anda tahu bagaimana caranya untuk menjaga kesihatan anda. Walaupun cara berfikir kita tentang pemakanan mempunyai perspektif yang berbeda,namun tujuannya tetaplah sama



0 ulasan:

Catat Ulasan