Ahad, 24 November 2013

SET KESUBURAN LELAKI DAN WANITA


   Dengan melangkah ke alam perkahwinan, sudah tentu salah satu tujuannya adalah untuk mengembangkan zuriat yang akan meneruskan legasi kita. Tapi setelah bertahun -tahun kahwin, Allah masih lagi belum memberi rezeki. Agak tertekan juga. Terasa seperti hidup ini kosong. Barangkali pada tahap ini, terdetik dalam hati  "bestnye kalau petang ni dapat membelai dan menatap muka anak sambil melihat gelagat dan telatah comelnya." Jangan putus asa. Set Kesuburan Shaklee merupakan salah satu Ikhtiar dan ramai yang telah mencuba dan berjaya.

ibu mengandung dengan shaklee
 
set kesuburan shaklee
 Seronokkan dapat baca testimoni mereka yang telah menggunakan produk shaklee dan berjaya mendapatkan hasilnya (dengan izin Allah Azzawajalla). Anda juga dengan izin Allah boleh berjaya dengan produk ini... Apa yang terkandung dalam set Kesuburan Shaklee ni? Ha..kalau nak tahu ini adalah set budget yang boleh saya tawarkan iaitu Zinc complex untuk lelaki dan GLA untuk wanita. Terdapat set penuh untuk mereka yang ada budget lebih (boleh wassap/contact saya) tapi customer yang ingin mencuba atau dalam situasi tight budget boleh mengamalkan set ini(suami dan saya sendiri mengambil set ini sebagai makanan tambahan harian :) ).
Mengapa Set Kesuburan Shaklee ya?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
Para bakal ibu -ibu dan bapak-bapak ingin mencuba ? Dengan hati terbuka boleh whatsapp/sms/call saya di 011-11181585 untuk order dan pertanyaan lanjut. Jangan lupa untuk ke SINI dan like fanpage saye ye.

Diskaun hebat dan free gift menanti bagi 100 customer yang pertama....

Khamis, 21 November 2013

Fibroid dan kehamilan



Fibroid
Menurut statistik, 50 -80 % wanita menghadapi masalah fibroid. Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang tumbug di dalam rahim wanita dan dalam sesetengah kes, fibroid boleh menjejaskan kesuburan,kehamilan dan perkembangan bayi yang sedang dikandung. Kebanyakan wanita tidak tahu pun mereka mempunyai fibroid sehinggalah mereka mengadakan ujian ultrasound. Tetapi mommies-mommies janganlah terlalu khuatir kerana kebanyakan kes fibroid tidak menyebabkan komplikasi kepada bayi yang sedang dikandung.
ketumbuhan fibroid
ketumbuhan fibroid

Gejala Fibroid semasa kehamilan

 Wanita boleh mengetahui mereka mengalami masalah fibroid apabila :-
  1. Kerap membuang air kecil dan kesakitan pada faraj
  2. Pendarahan faraj yang banyak
  3. Tekanan pada pelvik. 
Simptom -simptom tersebut berlaku kerana fibroid itu telah memberi tekanan kepada saraf-saraf di sekitar faraj. Oleh sebab itu, berlakunya kesakitan yang tajam pada dinding faraj.

 Fibroid dan kehamilan

Disebabkan oleh peningkatan hormon apabila seseorang wanita mengandung, maka dengan jelas disini akan memberikan ruang kepada fibroid untuk membesar. Dalam kes seperti ini, fibroid akan tumbuh dan mencuri ruang untuk tumbesaran bayi di dalam rahim. Kadang-kadang ia menyukarkan penempelan embrio ke dalam rahim. Better mommies-mommies buat check -up selalu. Ibu yang mengalami masalah fibroid boleh akan selalu dipantau dengan rapat oleh para doktor melalui kaedah ultrasound.

Yana Health Care

So mommies-mommies kena la buat check up selalu eh.....


Selasa, 19 November 2013

Cyst..perkongsian antara kau dan embrio itu

  
ovarian cyst
  Semalam, saya dan suami membeli barang dapur di TF Mart, Batu Gajah. Suasana agak meriah kerana ramainya manusia untuk membeli barangan keperluan, walaupun pada time-time hujung bulan ni. Sedang saya membelek tarikh luput Susu Marigold untuk dimakan bersama Cornflakes kegemaran suami, tiba -tiba suami saya disapa oleh teman sebengkel beliau. "wei man..lama tak nampak hang..hang dah menghilang ke mana? lama tak mai bengkel?" , itu antara ayat yang sempat saya rakam di dalam short term memory saya. Selebihnya saya tak ambil pusing sebab saya tahu, saya tak akan larat nak menghadap perbualan mereka yang basically more into macam mana nak upgrade kereta bagi laju, tuning haltech sehingga ke upacara kahwin ratio gearbox bagi kereta pergi  lebih cepat ( Macam mana saya tahu? sebab saya dah menyampah dengar hari -hari..hehehe). Jadi, dengan pantas saya angkat kaki dan membeli keperluan harian sementara si suami dengan rakan rancak berbual di sudut di mana seorang mat bangla sedang menyiang ayam untuk pelanggan.

    "Klik..Klik"...bunyi penggera kereta kepunyaan suami. Kami bercadang untuk makan malam di Jelapang setelah saya puas membeli barangan keperluan dan suami habis berbual bersama rakan beliau. Kelihatan suami saya memikirkan mengenai sesuatu. Kebiasaannya, setelah berjumpa dengan rakan-rakan, beliau akan kelihatan ceria...tetapi tidak pada hari itu. Lalu saya pun bertanya, "kenapa bang ?"
Lalu, suami saya merungkai tanda tanya saya dengan menceritakan apa yang berlaku sepanjang waktu saya girang bershopping sakan tadi.

    Menurut suami, semasa beliau rancak berbual,muncul satu topik mengenai anak.Isteri rakannya rupanya sarat mengandung tetapi terpaksa memilih samada untuk menggugurkan janin ataupun menghadapi risiko janin menghadapi komplikasi akibat kekurangan zat nutrien. Isteri beliau menghadapi satu masalah yang dinamakan follicular cyst. Setahu saya, cyst merupakan satu ketumbuhan yang sememangnya wujud semasa kitaran haid untuk memegang telur. Masalah isteri rakan suami ialah cyst tersebut membesar dan berkongsi nutrien bersama janin dan menyerap zat yang sepatutnya diberi oleh ibu kepada sang janin. Oleh sebab itu, samada janin tersebut kuat atau cyst tersebut kuat, masing -masing memerlukan zat dari pemakanan ibu untuk berkembang.

     Mendengar cerita tersebut dari suami,saya mula berasa seram dan bersimpati terhadap rakan beliau. Menurut suami lagi, rakannya menunggu 4 tahun untuk mendapatkan cahaya mata dan setelah masanya tiba untuk itu, ujian seperti ini menimpa terhadap mereka sebagai suami isteri. Oleh itu bagi bakal mommies, jangan dipandang ringan ketumbuhan yang dinamakan cyst ini. Balik ke rumah, saya melakukan sedikit research terhadap cyst dan rata-rata kebanyakan website yang saya baca menerangkan bahawa cyst adalah satu ketumbuhan yang biasa bagi setengah wanita. Ia bukan kanser. Walaubagaimanapun, Cyst memang memberi impak dalam kualiti hidup bagi perempuan.
masalah cyst
salah satu supplemen untuk cyst
Masalah yang dikaitkan ialah seperti :
  • masalah untuk membuang air kecil 
  • rasa sakit pada abdomen
  • rasa loya dan muntah -muntah
  • pertambahan berat badan
  • sakit ketika haid dan juga pendarahan yang luar biasa 
Jadi bakal mommies-mommies sekalian, saya memberi peringatan kepada mommies-mommies dan diri saya sendiri agar berhati -hati mengenai cyst ....

FAKTA MENGENAI VITAMIN C



          Kebiasaannya, kita mengetahui bahawa Vitamin C  terdapat pada oren. Kemudian, kita sering dimomokkan bahawa vitamin C adalah 3x ganda lebih berbanding oren jika kita minum Ribena.. Ahaha..betul la tu. Apa yang anda lihat di dalam iklan memang ada kebenarannya. Sedari itu, tahukah anda bahawa vitamin C adalah salah satu vitamin yang amat penting bagi tubuh badan anda ?
 
Jom kita lihat dengan lebih mendalam mengenai vitamin C:


Vitamin  C atau nama saintifiknya Asid Askorbik membantu dan menjaga salur darah agar tidak mudah pecah,mencegah pengerasan salurdarah, dan membantu dalam proses pemecahan lemak yang tak berguna di dalam badan.  Oleh itu, bagi mereka yang menghidap darah tinggi, digalakkan untuk mengkonsumi vitamin C ini. Vitamin C juga dapat mengelak atau melambatkan proses stroke dan salur jantung tersumbat.


 Vitamin c adalah ejen detoksifikasi. Vitamin C dapat menyatukan logam –logam berat di dalam badan . Kita mengkonsumi raksa,arsenic dan plumbum melalui air dan makanan yang kita makan seharian. Adalah menjadi satu bonus bagi para perokok untuk mengambil vitamin c. ia akan membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang dari  mengalami kerosakan yang teruk.  


       Vitamin ini juga membantu pembentukan kolagen di dalam badan. Kolagen yang cukup dalam tubuh badan akan mengakibatkan kulit kita kelihatan cantik , licin dan juga tegang. Kenapa ya? Ini kerana kolagen menyusun sel –sel  dan berguna untuk pembentukan,sendi tulang dan gigi kita. Semakin dewasa, semakin kurang pembentukan kolagen. Oleh itu, kolagen tambahan diperlukan melalui makanan yang mengandungi banyak Vitamin C. Tahukah anda bahawa perkataan kolagen itu sendiri berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud lekat ? 
 Bruce Miller, seorang doctor menyatakan bahawa lebih banyak kamu stress, lebih banyak vitamin C yang kamu perlukan (the more you stress, the more you need vitamin C.)Apabila seseorang itu stress, dia akan kehilangan banyak vitamin C.  Dengan kehilangan vitamin C, sistem imunisasi seorang itu akan lemah dan mudah untuk diserang penyakit yang pelbagai. Sebab itu, kanak –kanak dianjurkan untuk memakan vitamin C. Contoh penyakit yang melibatkan vitamin C ialah skurvi. Pada zaman dahulu penyakit skurvi melibatkan anak kapal dan pelaut. Kenapa ini berlaku? Ini disebabkan oleh pemakanan yang tidak segar,tiada buah-buahan atau sayur segar di atas kapal. Oleh sebab itu, mereka pun kekurangan vitamin dan penyakit tersebut pun hinggap ke mereka. Oleh itu, untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, digalakkan untuk makan vitamin C pada dos yang tinggi.

Kesimpulan : -kita perlukan vitamin ini sangat sangat. Bruce Miller mencadangkan sebanyak 500 mg sehari Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. 500 gm bersamaan dengan 7 biji oren. Kalau susah atau kekangan masa untuk makan 7 biji oren, disarankan untuk makan tablet atau pil vitamin C. Terdapat pelbagai tablet yang dijual di pasaran, tetapi dos yang tepat dan pil kegemaran saya ialah :



   

Sabtu, 16 November 2013

update

Gambar kaki pada 16/11 setelah 3 hari mengkonsumi zink complex


Selasa, 12 November 2013

Kajian kes Zink -complex terhadap Kudis



13/11/2013
Gambar ini merupakan gambar yang diambil pada tarikh saya menguploadkan post ini. Subjek dalam kajian ini merupakan orang yang rapat dengan saya. Kebetulan terdapat infeksi kudis pada betis beliau dan kerana keengganan beliau untuk berjumpa dengan doktor, maka saya jalankan ujikaji ini.Tujuan kajian kes dilakukan adalah  untuk mengesahkan satu lagi testimoni yang saya lihat di dalam facebook seperti gambar dibawah :
yanaliciouss
zink complex

Kaedah

Saya akan menggunakan 2 kaedah. Kaedah pertama dan kedua akan dijalankan serentak. Kaedah pertama adalah dengan subjek  memakan Zink Complex seperti yang disyorkan oleh saya. Kaedah kedua adalah dengan melarutkan Zink complex ke dalam air agar ia menjadi larutan dan disapukan kepada infeksi subjek.

Hasil Kajian :

Kajian kes zink -complex terhadap Kudis  ini akan saya updatekan secara harian bermula 14/11/13 dan akan berakhir pada 24/11/13. Sekiranya dalam masa 10 hari ianya sembuh dengan izinnya, maka kita akan ketahui bahawa produk dengan izin Allah berfungsi juga sebagai penyembuh terhadap luka dan infeksi. nantikan update saya di bawah mulai esok.

Jumaat, 8 November 2013

set trimester 2



Set trimester kedua mengandungi

Omega guard

Vitalea

ESP

B- complex

Vitamin -C

Ostematrix


omega guard
   Set trimester kedua sesuai untuk ibu yang mengandung 3 bulan ke atas. Tambahan pada set trimester kedua ini ialah Omega Guard dan ESP. Omega guard merupakan kapsul minyak ikan yang diekstrak dari ikan laut air sejuk.Berbeda dengan produk omega lain yajg terdapat di pasaran,omega guard shaklee merupakan minyak ikan yg paling tulen di dunia kerana ia mempunyai spektrum penuh 7 asid lemak omega 3.kebanyakan dari pengilang akan menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan dari ikan tersebut. Kaedah ini tidak bagus kerana akan merosakkan nutrien yang terkandung dalam ikan tersebut. Shaklee menggunakan kaedah yang berbeza iaitu melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi tinggi. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietary tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega tiga yang paling tulen dan paling semulajadi. Bahan -bahan yang bahaya seperti plumbum dan merkuri akan diasingkan untuk memberikan yang terbaik untuk para pelangggan sekelian.
ESP Shaklee


    ESP (Energizing Soy Protein ) pula mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia dan 4 sumber mineral.
  

ESP Shaklee
Lain -lain produk adalah sama dengan produk di set Trimester 1 di http://www.yanaliciouss.blogspot.com/2013/11/set-wajib-untuk-ibu-mengandung.html




Selasa, 5 November 2013

Set wajib untuk ibu mengandung

set kehamilan shaklee


SET TRIMESTER 1
  • VITA -LEA
  • VITA-C
  • B-COMPLEX
  • OSTEMATRIX



Set wajib untuk ibu mengandung ini menjadi pilihan ramai ibu-ibu mengandung kerana :-

  • set ini lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh janin dan ibu
  • alah membeli,menang memakai. Set wajib untuk ibu mengandung ini dapat bertahan selama berbulan -bulan.
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga yang lain
  • Dibuat dari bahan semulajadi
  • tidak memberi kesan sampingan 
  • sangat sesuai untuk dijadikan set berpantang
  • harga yang sangat berbaloi
  • terbukti selamat dan berkesan

VITA -LEA

merupakan multi-vitamin yang penting untuk ibu mengandung. Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan zat besi ( iron).Zat besi sangat penting untuk kekuatan dan kesihatan ibu. Kekurangan zat besi boleh membuatkan ibu mudah pitam, lemah, mudah pitam dan sentiasa kelihatan lesu.

VITAMIN C

  • 7 biji oren = sebiji pil vitamin C shaklee
  • 1 biji pil = 500 mg =memenuhi keperluan badan
  • bersifat sustained release iaitu dikonsum oleh badan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan
  • tiada pengawet tambahan

B- COMPLEX

Vitamin B mengandungi folic Acid. Membantu tumbesaran yang sihat bagi bayi dan kanak-kanak.Dengan B-complex, ia dapat membantu pembinaan DNA dan juga sel-sel baru serta mengurangkan kecacatan otak. Untuk ibu, ia meredakan keresahan dan stress serta meredakan alahan.

OSTEMATRIX

Ostematrix merupakan kalsium. Kalsium penting untuk pembinaan tulang.Kalsium juga penting untuk membekukan darah dengan sempurna dan memperbaiki masalah kejang dan sakit pinggang oleh ibu yang mengandung .


Berminat untuk mendapatkan produk serta discount yang hebat ?

Jangan segan-segan atau silu untuk sms/wechat/fb/tango/whatsap :

HP : 011-11181585























Isnin, 4 November 2013

Buat sang pencinta

      Percintaan merupakan anugerah agung dari tuhan kepada manusia. Kita diciptakan secara pasangan dan memerlukan antara satu sama lain. Tadi saya sempat diceramah oleh rakan mengenai adam dan hawa dan mengapa mereka dicampakkan dari syurga. Menurut beliau, atas desakan iblis , Hawa memujuk Nabi Adam untuk memakan buah khuldi tersebut namun Nabi Adam enggan berbuat demikian. Hawa telah memujuk sebanyak 3 kali namun Nabi Adam teringat tentang amaran Allah agar tidak memakan buah tersebut. Lalu , Hawa pun telah memetik  satu buah  dari pohon tersebut dan memakannya. Hawa telah menyatakan bahawa buah tersebut adalah sedap dan atas dasar ingin tahu dan diperdayakan oleh Syaitan, Nabi Adam juga telah memetik satu buah dan memakannya. Pada waktu itulah terlucut segala hiasan dan pakaian dari syurga dan Allah telah mencampakkan Nabi adam di Ceylon ( Sri Lanka ) dan dan  Hawa somehere dekat Palestine. Allah telah lupakan segala ingatan Nabi Adam mengenai syurga, cuma ingatan yang tinggal adalah beliau pernah berada di syurga dan ingatan yang terpenting ialah mencari pasangannya, Hawa. Selepas 100 tahun, mereka ditemukan semula di padang Arafah. Itulah sebab kenapa kita perlu wukuf di san a apabila mengerjakan haji /umrah.
 
      Kisah tersebut menjadi teladan kepada kita, menunjukkan bahawa manusia dijadikan berpasangan dan akan tetap memerlukan antara satu sama lain. Ya ,kisah ini juga menunjukkan bahawa tindakan salah seorang akan mempengaruhi pasangannya untuk melakukan sesuatu tindakan walaupun kadang2 ia kelihatan seperti salah. Namun, pokoknya disini, kita memerlukan antara satu sama lain.



Mahukah jika saya kongsikan satu rahsia buat pasangan -pasangan yang akan atau sedang berumahtangga? Pernah dengar tentang  vitamin E ?

Lelaki yang sering mengambil Vitamin E  seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Bagi wanita pula yang sekurang-kurangnya mengambil selama 3 bulan berturut-turut, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
 
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Kerana itu,  Vitamin - E boleh dikatakan sebagai vitamin sang pencinta , kerana ia mempunyai dos dari 600 -800 UI yang membantu wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi kandungan estrogen lebihan dalam badan wanita.  Estrogen berlebihan akan mengakibatkan sistem PMS seperti kembung perut, risau, stress, sakit kepala dan senggugut yang kerap melanda wanita.

Selain itu , banyak lagi khasiat yang boleh diperolehi dalam Vitamin E terutamanya dari produk Shaklee. Antaranya ialah :-

vitamin e shaklee
¬ Menyingkirkan radikal bebas
¬ Mengurangkan radang (inflammatory)
¬ Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
¬ Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
¬ Mencegah masalah kelenjar prostat
¬ Melambatkan proses penuaan
¬ Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
¬ Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
¬ Membantu fungsi sistem saraf otak
¬ Meningkatkan daya pertahanan
Untuk keterangan lanjut, atau pembelian produk, anda boleh layari www.facebook.com/yanahealthcare 

atau hubungi 011-11181585 ..

Sabtu, 2 November 2013

viviX.......

vivix shaklee
         Vivix merupakan satu cairan pekat yang berwarna kemerah-merahan. Kenapa ia berearna merah?  Kerana ia terdiri dari hasil kandungan muskat, anggur dan tumbuhan-tumbuhan lain yang berkhasiat.


      Vivix mempunyai kandungan resveratrol yang sangat tinggi.  Apakah itu resveratrol ? Resveratrol merupakan sesuatu agen yang sangat berguna untuk kesihatan.

khasiat anggur dalam vivix

    Kaji selidik yang dilakukan oleh para saintis mendapati bahawa masyarakat di Eropah terutamanya Perancis dan Italy yang sangat -sangat menggemari makanan lemak tinggi seperti makanan berdaging dan juga dikonsumsi dengan bir dan wain yang banyak. Secara teori, kemungkinan untuk mereka mengalami serangan jantung dan pemblokan pada dinding arteri adalah sangat tinggi. Namun dalam kajian kes yang dilakukan mendapati bahawa kadar serangan jantung di negara -negara tersebut adalah rendah. Kenapa. Jawabannya terletak pada resveratrol.


Apa yang bagus sangat resveratrol ini? ia adalah :-


  • satu agen anti oksida yang kuat
  • satu agen anti kanser
  • satu agen inflamasi

Kaitan  Vivix dan Resveratrol

Vivix adalah 10 x ganda lebih bertenaga dari resveratrol. Ia adalah halal dan tidak memabukkan dan anda tak perlu untuk minum wain untuk mendapatkan agen resveratrol dalam tubuh anda.

1 hidangan  VIVIX =  kandungan resveratrol dalam 100 gelas wain

Berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam ?

Hubungi : 011-11181585    call /sms  / wassap/wechat /line /tango

atau  : www.facebook.com/yanahealthcare