Sabtu, 11 Januari 2014

SATU UBAT UNTUK SEGALA PENYAKIT DI DUNIA

    
     
Wujudkah satu ubat ajaib untuk segala jenis penyakit di dalam dunia ini? Dewasa ini , seringkali saya terserempak dengan iklan serbaneka yang mencanangkan bahawa dengan menggunakan produk tersebut, ianya bisa untuk menyembuhkan hampir 100% penyakit yang sedia ada di dalam dunia ini. Tidakkah kita merasakan bahawa ianya adalah berbaur retorik dan khayalan yang indah semata -mata? Secara logika, sekiranya memang wujudnya ubat-ubatan seperti itu , apakah gunanya institusi -institusi kesihatan seperti klinik, hospital dan juga pakar ubat-ubatan tradisional di desa? Persoalan yang lebih bermakna dari itu, berapa pula harga yang ditawarkan untuk produk yang amat bagus seperti itu? Barangkali kita perlu lebih telus memikirkannya.

 UBAT DAN DOS BERPISAH TIADA

       Jika kita terbiasa untuk mengunjungi hospital atas urusan lawatan sosial waima ahli keluarga terdekat mengalami komplikasi kesihatan, kita seharusnya mengetahui bahawa ubatan yang diberikan selalunya adalah dalam 2 atau 3 jenis. Mungkin dalam bentuk cecair, mahupun dalam bentuk bijian, yang harus dikonsum samada melalui kunyahan ataupun sumbatan melalui dubur. Sesuatu ubat yang diberikan seharusnya dikonsumi secara teratur agar keberkesanannya maksimum.  Oleh itu, ubatan dan dos berpisah tiada.  Jadi mana datangnya pil yang dikatakan mampu menyembuhkan segala penyakit di dunia ini? Seharusnya kita mengetahui bahawa sekiranya benar ada, semestinya produk tersebut mempunyai kandungan kimia atau elemen yang boleh dikategorikan sebagai bahaya. Ya! bahaya mungkin bukan dalam masa terdekat, tetapi mungkin akan ada kesannya di hari -hari usia tua kita.Maaf ya ! Ini adalah ulasan para dokter, bukannya saya menggunakan logika akal untuk berekspresi di dalam blog ini. 

KENALI PERBEDAAN ANTARA UBAT DAN SUPPLEMEN.

     Barangkali kita belum benar -benar mengerti apa itu supplemen dan apa itu ubat. Rupanya barangkali sama tapi ianya tidak serupa. Ubat-ubatan dihasilkan melalui proses kimia. Para pakar melakukan kajian dan mendapati bahawa bahan yang diuji mampu untuk membunuh, memberhentikan proses serta menyahkan bakteria ataupun sel yang tidak baik dari badan. Begitu juga dengan supplemen. Yang berbeda cuma ubat-ubatan adalah bahan kimia ataupun dadah yang diproses dan disarankan pengambilannya mengikut dos yang ditetapkan untuk menyembuhkan penyakit (denga ijinnya). Supplemen pula adalah proses mengekstrak bahan semulajadi untuk dijadikan tablet, juga bertujuan sama, cuma ianya mengimbangi nutrien dan kekurangan vitamin dan mineral yang dihasilkan oleh badan kita. Jadi kalian mahu pilih yang mana ? Untuk pengetahuan kalian, sebiji panadol yang dikonsum oleh kita pada tahun 1980, kesannya akan ada di badan sehingga tahun 2020. Maksudnya di sini, ia mengambil masa selama 40 tahun untuk badan kita membuang kandungan atau kesan kehadiran panadol tersebut. Terkejut bukan. Saya pun....

produk shaklee
     Kerna itu, untuk produk berasaskan tumbuh-tumbuhan Shaklee, perlunya kalian untuk mengambil 2 atau pun 3 produk untuk digabungkan menjadi satu set pemakanan supplemen. Kerana apa, kerana Produk Shaklee bukanlah produk ajaib. Ianya hanyalah produk biasa yang insyaallah membantu masalah anda. Senang cerita, jika anda cukup vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan, kebarangkalian penyakit untuk hinggap di badan adalah rendah. Ini telah dibuktikan oleh ramai pakar dan ahli pharmaseutikal. Kalian boleh mencari jawabannya di google. Jadi, beralihlah kepada supplemen. Amalkan ia, dan amalkan tabiat pemakanan yang sihat agar kualiti kesihatan anda pada tahap yang terbaik.

  

0 ulasan:

Catat Ulasan