Rabu, 18 Jun 2014

Apa dah jadi dengan Malaysia ni?

     Bila menyebut mengensi isu makanan, tentunya kita mementingkan status makanan tersebut:-
  
1. Produk halal
2. Sedap
3. Murah

     Malangnya, semenjak dua ini, setelah isu cadbury, muncul pula isu syarikat bihun yang menggunakan logo halal sendiri, malahan menggunakan kaedah yang kotor dan jijik untuk penyediaan produk mereka. Apa masalah sebenarnya di sini?

      Kajian menunjukkan bahawa dewasa ini pelbagai penyakit lazim yang biasanya tidak terjadi pada waktu dahulu sudah menjadi perkara biasa sekarang. Contohnya, jaundice a.k.a demam kuning. Ia adalah satu phenomenal sekarang. Kes jaundice zaman mak nenek dahulu rasanya adalah kurang jika dibandingkan dengan sekarang. Mengapa ia terjadi? Kompom-kompom lah disebabkan oleh gaya hidup dan cara pemakanan kita...period.

     
     Makanan luar ataupun bahan mentah yang kita beli di stor sudah tentunya menggunakan bahan kimia yang dibenarkan. Tetapi cuba fikir sejenak, adakah sesuatu yang bagus untuk makan makanan sebegitu..contohnya ayam inject, sayur-sayuran yang diracun dan sebagainya? Sudah tentu tidak. Tapi mampukah kita lari dari semua itu? Anda sendiri tahu jawapannya.
     
     Semasa mengupah seorang cina untuk menanam rumput jepun di kediaman saya, cina tersebut telah terlihat sebiji pokok pelam di rumah. Reaksinya, "aiyya..pokok baru 3-4 bulan, sudah mao buah ka?," saya juga hairan bila dia berkata begitu lalu saya bertanya " tak bagus ka taukeh?". Dia pun membalas dengan panjang lebar," lorr... Mana ada bagus ini macam. Lu kena pikir maa..itu olang suma sudah kasi racun satu kali masuk.memang lorr, hali ini dia buah manyaak cantik punya.tapi kali kedua aaa... Mesti ala kualiti kulang sikit,kali ketiga dan seterusnya aa, itu buah musti talak syok makan o.. Macam limau camelon (cameron) waktu laya cina..dia kasi inject satu kali kasi buah semua keluar aa... Habis laya, kasi buang semua stok kasi olang ipoh beli. You beli, kasi nangis satu kali aa.. Not delicious, manyak masam, u buang duit saja. I kasi tahu sama u sebab lamai olang talak tao ini hal. Diolang takkan kasi tai sama u. Manyak lugi itu macam." Saya pun berfikir sejenak.... "Owh, nasib baik jiran aku yang punya."

     Jadi, sekiranya diambil pengajaran dari cerita benar diatas, kesimpulannya jika kita lihat senario sekarang bahawa industri makanan sekarang adalah seperti buah mempelam tadi. Semuanya berkisarkan keuntungan dan cepatnya cara pemprosesan agar untung menjadi lebih, sekaligus menjadikan kualitas makanan tersebut kurang.

     Disebabkan ini, saya memilih untuk menawarkan produk shaklee kerana menyedari bahawa masyarakat sekarang memang perlukan vitamin tambahan.

     Akhir kata, terpulang kepada anda untuk menilai dan berfikir. Thanks for dropping by. Semoga Allah merahmati kalian, pembaca yang budiman.

0 ulasan:

Catat Ulasan