Khamis, 21 November 2013

Fibroid dan kehamilan



Fibroid
Menurut statistik, 50 -80 % wanita menghadapi masalah fibroid. Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang tumbug di dalam rahim wanita dan dalam sesetengah kes, fibroid boleh menjejaskan kesuburan,kehamilan dan perkembangan bayi yang sedang dikandung. Kebanyakan wanita tidak tahu pun mereka mempunyai fibroid sehinggalah mereka mengadakan ujian ultrasound. Tetapi mommies-mommies janganlah terlalu khuatir kerana kebanyakan kes fibroid tidak menyebabkan komplikasi kepada bayi yang sedang dikandung.
ketumbuhan fibroid
ketumbuhan fibroid

Gejala Fibroid semasa kehamilan

 Wanita boleh mengetahui mereka mengalami masalah fibroid apabila :-
  1. Kerap membuang air kecil dan kesakitan pada faraj
  2. Pendarahan faraj yang banyak
  3. Tekanan pada pelvik. 
Simptom -simptom tersebut berlaku kerana fibroid itu telah memberi tekanan kepada saraf-saraf di sekitar faraj. Oleh sebab itu, berlakunya kesakitan yang tajam pada dinding faraj.

 Fibroid dan kehamilan

Disebabkan oleh peningkatan hormon apabila seseorang wanita mengandung, maka dengan jelas disini akan memberikan ruang kepada fibroid untuk membesar. Dalam kes seperti ini, fibroid akan tumbuh dan mencuri ruang untuk tumbesaran bayi di dalam rahim. Kadang-kadang ia menyukarkan penempelan embrio ke dalam rahim. Better mommies-mommies buat check -up selalu. Ibu yang mengalami masalah fibroid boleh akan selalu dipantau dengan rapat oleh para doktor melalui kaedah ultrasound.

Yana Health Care

So mommies-mommies kena la buat check up selalu eh.....


0 ulasan:

Catat Ulasan