Selasa, 19 November 2013

Cyst..perkongsian antara kau dan embrio itu

  
ovarian cyst
  Semalam, saya dan suami membeli barang dapur di TF Mart, Batu Gajah. Suasana agak meriah kerana ramainya manusia untuk membeli barangan keperluan, walaupun pada time-time hujung bulan ni. Sedang saya membelek tarikh luput Susu Marigold untuk dimakan bersama Cornflakes kegemaran suami, tiba -tiba suami saya disapa oleh teman sebengkel beliau. "wei man..lama tak nampak hang..hang dah menghilang ke mana? lama tak mai bengkel?" , itu antara ayat yang sempat saya rakam di dalam short term memory saya. Selebihnya saya tak ambil pusing sebab saya tahu, saya tak akan larat nak menghadap perbualan mereka yang basically more into macam mana nak upgrade kereta bagi laju, tuning haltech sehingga ke upacara kahwin ratio gearbox bagi kereta pergi  lebih cepat ( Macam mana saya tahu? sebab saya dah menyampah dengar hari -hari..hehehe). Jadi, dengan pantas saya angkat kaki dan membeli keperluan harian sementara si suami dengan rakan rancak berbual di sudut di mana seorang mat bangla sedang menyiang ayam untuk pelanggan.

    "Klik..Klik"...bunyi penggera kereta kepunyaan suami. Kami bercadang untuk makan malam di Jelapang setelah saya puas membeli barangan keperluan dan suami habis berbual bersama rakan beliau. Kelihatan suami saya memikirkan mengenai sesuatu. Kebiasaannya, setelah berjumpa dengan rakan-rakan, beliau akan kelihatan ceria...tetapi tidak pada hari itu. Lalu saya pun bertanya, "kenapa bang ?"
Lalu, suami saya merungkai tanda tanya saya dengan menceritakan apa yang berlaku sepanjang waktu saya girang bershopping sakan tadi.

    Menurut suami, semasa beliau rancak berbual,muncul satu topik mengenai anak.Isteri rakannya rupanya sarat mengandung tetapi terpaksa memilih samada untuk menggugurkan janin ataupun menghadapi risiko janin menghadapi komplikasi akibat kekurangan zat nutrien. Isteri beliau menghadapi satu masalah yang dinamakan follicular cyst. Setahu saya, cyst merupakan satu ketumbuhan yang sememangnya wujud semasa kitaran haid untuk memegang telur. Masalah isteri rakan suami ialah cyst tersebut membesar dan berkongsi nutrien bersama janin dan menyerap zat yang sepatutnya diberi oleh ibu kepada sang janin. Oleh sebab itu, samada janin tersebut kuat atau cyst tersebut kuat, masing -masing memerlukan zat dari pemakanan ibu untuk berkembang.

     Mendengar cerita tersebut dari suami,saya mula berasa seram dan bersimpati terhadap rakan beliau. Menurut suami lagi, rakannya menunggu 4 tahun untuk mendapatkan cahaya mata dan setelah masanya tiba untuk itu, ujian seperti ini menimpa terhadap mereka sebagai suami isteri. Oleh itu bagi bakal mommies, jangan dipandang ringan ketumbuhan yang dinamakan cyst ini. Balik ke rumah, saya melakukan sedikit research terhadap cyst dan rata-rata kebanyakan website yang saya baca menerangkan bahawa cyst adalah satu ketumbuhan yang biasa bagi setengah wanita. Ia bukan kanser. Walaubagaimanapun, Cyst memang memberi impak dalam kualiti hidup bagi perempuan.
masalah cyst
salah satu supplemen untuk cyst
Masalah yang dikaitkan ialah seperti :
  • masalah untuk membuang air kecil 
  • rasa sakit pada abdomen
  • rasa loya dan muntah -muntah
  • pertambahan berat badan
  • sakit ketika haid dan juga pendarahan yang luar biasa 
Jadi bakal mommies-mommies sekalian, saya memberi peringatan kepada mommies-mommies dan diri saya sendiri agar berhati -hati mengenai cyst ....

0 ulasan:

Catat Ulasan