Ahad, 15 Disember 2013

Supplemen kesuburan untuk pasangan berumah tangga

set kesuburan pasangan baru
    Selamat melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah dan sangat dituntut oleh agama.

TUJUAN PERKAHWINAN

  • MENGEMBANGKAN ZURIAT
  • MENCONTOHI RASULULLAH
  • KEHENDAK SEMULAJADI BIOLOGI
  • MENGELAKKAN MAKSIAT

SUPPLEMEN YANG TERBAIK UNTUK PASANGAN LOVEBIRDS !!!!

   Lovebirds... mungkin jolokan yang sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin neh. Hehe. Semuanya indah pada saat ini. Baru-baru ni ada kawan saya seorang telah berbulan madu ke Krabi, Thailand. Tahniah. 2 minggu lepas ni pula adik saya sendiri akan melangsungkan perkhawinan dengan orang Perlis. Tahniah Dik. Mungkin disebabkan oleh musim -musim mengawan hujung tahun ni menyebabkan hati saya tergerak untuk menulis artikel ini. Artikel mengenai kesedaran kesuburan dikalangan warga Malaysia.

Baik, siapa yang pernah check tahap kesuburan dia sebelum berkahwin ? Saya yakin kalau ada mungkin 1% daripada rakyat Malaysia yang buat medical check up tentang tahap kesuburan dia. Bukan penting sangat pun. Yang penting kena check darah, tahu ada HIV atau tak. Nanti pasangan yang ada HIV boleh jangkit bagai dan mati sebagainya.... hehe..Ye Mak Jemah.Betul la tu.Takkan lah tak subur ye tak? Macam mana boleh tak subur? Afnan dengan Siti kahwin setahun elok je dapat anak. Tak payah check pun. Cik Ella kahwin ngan korie elok je dapat kembar 3. Takde pun nak pergi check. Pasal apa perlu check? Membazir....  EHHH!!!! NANTI LA DULU.

Mak Jemah kena tahu tahap biologi badan manusia itu ada beberapa tahap. Mungkin ada manusia yang senang untuk mendapat zuriat. Sesetengah lagi mungkin susah sikit nak dapat. Bukan sebab dia tak power Mak Jemah. Sebabnya adalah dari Makanan dan cara pembahagian zat dalam badan dia. Mak Jemah kena faham semua orang nak anak dan semua orang nak subur. Jadi bila pasangan tu dah berkahwin dan tahu mereka payah sikit nak dapat zuriat, tu yang kita nak tunjuk sat produk yang kita dok pung pang kat dalam blog ni. Pasai apa, pasai kita nak kongsi, kita nak depa kat luaq tu tao ada caranya,ada usaha yang boleh dilakukan agar depa dapat manfaat, kita dapat pahala dan rezeki dari Allah. Tu ja.

Jadi kenapa didedikasikan kepada pasangan yang baru berkahwin ni ? Kembali kepada tujuan asal perkahwinan tu, nak dapat zuriat. Sebenarnya, kita pun tak tahu, dengan aktiviti harian kita, dan juga makanan yang kita ambil, adakah boleh menyebabkan rantaian kesuburan kita menurun?Contohnya ayam yang sekarang pakai suntik je dah cepat membesar. Sayur -sayuran yang ditabur baja dan racun kimia. Ikan yang dituba oleh tauke Ah Fatt di lombong dan dijual di pasaraya, atau mungkin radiasi akibat penggunaan telefon bimbit yang masuk ke badan kita. Manalah kita nak tahu. Jadi perlu tak supplemen. Bagi untuk mereka yang baru berkahwin ni, rasanya perlu la kot. Lagi pun kita laburkan duit untuk kesihatan kita juga. Kenapa kita boleh beri wang ke syarikat insurans tetapi kita tak boleh nak bagi kredit kat diri sendiri dengan membeli produk kesihatan begini?Kenapa.Sebabnye jelas, apa yang rosak di dalam kita tak nampak. Insurans kita nampak. Kena langgar kereta, dapat wang,ada benefit hospitaliti dan lain lain. Perlunya ada kesedaran bahawa supplemen ni adalah vitamin. Vitamin yang kadang-kadang tak boleh dihasilkan oleh badan ataupun tak cukup. Contohnya Vitamin C. Beberapa orang rasa yang vitamin C dalam badan dia cukup untuk sehari tu? Ok ! Mak Jemah rasa dia cukup sebab hari ni dia makan 8 biji oren. 8 biji oren sama dengan keperluan vitamin C harian. Tapi Mak Jemah merokok. Rokok boleh membunuh vitamin C dalam badan. Jadi tak cukup. Bila vitamin C tak cukup, tu yang Mak Jemah nampak tua sebelum usia tu. Sebab itu, siapa yang rasa nak chantek dan awet muda, jaga kandungan vitamin C dalam badan.

KENAPA ZINC NGAN GLA ?

 Abang yang baru kahwin tu.. nak cakap yang sistem reproduksi lelaki ni banyak pakai zinc nak hasilkan  cecair biologi tu. Makanan apa yang boleh bagi Zinc kat kita? Kena makan kerang banyak -banyak lah. Telan bawang banyak-banyak dan sumbat udang selagi buleh, sebab makanan yang banyak bagi kita zinc adalah makanan lagu tu. Jangan dok buat lagu tu la, kang tak pasai ada yang dapat gout, naya dok cari saya nak bagi penampaq sekali sekala.

Akak, pasangan abang tu pulak, kenapa perlu ambil GLA ni? GLA  ni asid lemak omega-6 kakk!!!Ia membentuk prostaglandin. Fungsinya adalah untuk membantu proses mengatur badan yang normal. Jadi kak, bila fungsi badan kita dah normal,fungsi badan abang dah normal,peluangnya cerah..

Sebenarnya, banyak lagi fungsi GLA dan Zinc ni. Jadi, rajin-rajinlah baca entry saya yang terdahulu ye...

Yanalicious......where mom's hang out

0 ulasan:

Catat Ulasan